Khamis, 24 Disember 2009
JKKK Terbaik Daerah Barat Daya - Kemanisan 1
Apabila dimaklumkan oleh Penghulu Basri pada 17 Disember 2009 bahawa JKKK Pondok Upeh telah dipilih oleh penal juri sebagai juara pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Daerah Barat Daya 2009 dan akan mewakili Daerah Barat Daya ke Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009, gerak kerja yang lebih tersusun dirangka untuk dilaksana.
Tindakan pertama, mengadakan mesyuarat khas JKKK Pondok Upeh pada 18 Disember 2009 fokus kepada perancangan ke arah JKKK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009. Antara tindakan hasil mesyuarat :
1.Profil JKKK Pondok Upeh mesti dimantapkan lagi
2.Pejabat JKKK Pondok Upeh mesti dicantikkan lagi
3.Gerak saraf /psikologi ke arah JKKK Terbaik peringkat negeri Pulau Pinang mesti diperhebatkan, antaranya dengan ;
a) Pada 18 Disembar 2009, menempah iklan/kain rentang dan menaikkan iklan/kain rentang pada 19 Disembar 2009 untuk mewarwarkan kemenangan peringkat daerah dan sedang bersaing untuk dinobatkan sebagai JKKK Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang.
b) Menganjurkan 'Solat Zohor dan Solat Hajat Berjamaah' di Pejabat JKKK Pondok Upeh pada 21 Disember 200 memohon agar JKKK Pondok Upeh diberi keputusan yang terbaik dan kami akan redha.
c) Menganjurkan 'Pertandingan Mencipta Replika Rumah Tradisi Melayu Pondok Upeh' pada 23 Disember 2009 supaya demam JKKK Terbaik berjangkit ke setiap warga Pondok Upeh. Hadiah istimewa disediakan: Tempat Pertama - RM 100
Tempat Kedua - RM 60
Tempat Ketiga - RM 40
d) Di hari penyampaian hadiah iaitu 23 Disember 2009, dijemput Pak Sheikh iaitu bekas Pengerusi JKKK era BN/UMNO sebagai tetamu istimewa dan penyampai hadiah kepada para pemenang. Jemputan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pimpinan JKKK terdahulu dengan JKKK kini dan bersama-sama berusaha serta mendoakan agar JKKK Pondok Upeh dipilih sebagai JKKK Terbaik Peringkat Pulau Pinang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan