Saya tertarik dengan lagak pimpinan UMNO yang galak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat kini melaksanakan pelbagai dasar untuk meminggirkan orang Melayu. Saya tertarik sebab seolah-olah pimpinan UMNO mendedah kebebalan mereka sendiri kepada rakyat.
Wakil Pulau Pinang, YB Mohamad Farid Saad dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 mendedah orang Melayu memiliki tanah hanya 1.1% di daerah Timur Laut, 15.07% di daerah Barat Daya/ Balik Pulau, 44.2% di Seberang Prai Utara, 23.5% di Seberang Prai Tengah dan hanya 18.09% di Seberang Prai Selatan. Secara keseluruhan orang Melayu hanya memiliki 20.41% tanah di Pulau Pinang. Beliau meletakkan beban pengurangan ini angkara kerja jahat Pakatan Rakyat. Betul ke?
Sejak merdeka (1957), UMNO dan BN menerajui Malaysia termasuk Pulau Pinang. Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang hanya bermula Mac 2008.Takkan penyusutan yang amat ketara itu angkara kerja durjana kerajaan Pakatan Rakyat yang baru berkuasa dua tahun lebih? YB Farib tak bercakap habis ni.
Salah siapa penyusutan hartanah orang Melayu itu berlaku? Pastilah salah kerajaan UMNO dan BN yang memerintah Pulau Pinang sejak lebih 53 tahun yang lalu. Sebagai parti yang menguasai kerajaan pusat yang memiliki agensi-agensi kerajaan seperti PERDA dan MARA yang pasti ada upaya untuk menambah peratusan hartanah orang Melayu di Pulau Pinang. Kenapa mereka tidak memaksimunkan keupayaan agensi-egensi tersebut demi masa depan orang Melayu? Jawapannya mudah.Ini kerana ketika UMNO dan BN menguasai Pulau Pinang, mereka lebih mementingkan perut dan bawah perut mereka serta kroni mereka.
Orang Melayu jangan terikut-ikut mainan propanganda UMNO dan BN tanpa merujuk sejarah. Sejarah tidak boleh ditipu. Sebenarnya UMNO dan BN perompak hak orang Melayu, bukan pembela hak orang Melayu.
Saya tumpang sedih makluman peratusan hartanah orang Melayu ini dilontar di perhimpunan agung sebuah parti yang menguasai kerajaan Malaysia melebihi 53 tahun dengan menyalahkan Pakatan Rakyat yang baru menguasai Pulau Pinang 2 tahun lebih. Saya sebenarnya menanti-nanti idea bernas menggunakan seluruh instrumen kerajaan untuk melonjak peratusan hartanah orang Melayu di Pulau Pinang. Itu pun sekiranya UMNO jujur untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Sejarah kejujuran UMNO lebih 53 tahun membuktikan UMNO adalah parti yang tidak jujur.Malah tangan-tangan pemimpin merekalah yang menyebabkan peratusan hartanah orang Melayu semakin berkurang. Kami pimpinan Pakatan Rakyat komited dan jujur untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Murut dan seluruh rakyat Malaysia. Itulah janji jujur kami.
Mohd Taufik Bin Sulong
Timbalan Ketua Cabang
PKR Balik Pulau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan