Selasa, 20 Oktober 2009

Sajak : Pembesar Suara

hello 123
cubaan cubaan
bila agaknya cubaan menjadi kenyataan
ketika kalian masih cubaan
orang lain sudah jauh ke hadapan

cubaan 123 cubaan 123
cubaan 321 cubaan 321
bila masanya kalian ingin laksanakan idea baru
ketika kita jauh mundur di belakang
kalian kental pertahankan idea lama yang memundurkan

hello hello
cubaan cubaan
keluarlah dari tempurung gelap itu
perhatikan dunia luas terbentang
di mana kita kini
bagaimana anak-anak kita akan datang

cubaan cubaan
kami tidak mahu cubaan lagi
kami mahukan kenyataan

123 321
cukuplah dok pi mai pi mai tang tu
kami ingin bebas dari dunia gelap itu

ayah dan bonda
kiranya kalian tidak mampu menunaikan amanah kepimpinan itu
dengan hormat serah kepada kami, generasi muda
untuk kami gagahi umat
dengan kemajuan dan kemuliaan

ayah dan bonda
kami tak sanggup dihina lagi
kerana kemunduran yang diwarisi kepada kami
kami ingin meneroka dunia baru
dunia kejayaan dengan ketaqwaan

restui dan doakan kejayaan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan