Jumaat, 16 Oktober 2009

Wibawa pengerusi qariah masjid

Wibawa pengerusi qaryah sering menjadi isu. Campur-tangan orang politik yang kotor telah menyebabkan perlantikan orang-orang yang kotor sebagai pengerusi qaryah. Kekotoran ini akhirnya merebak kepada masyarakat. Mulalah salah guna "kuasa saya","hanya pengawai masjid yang layak menggunakan peralatan masjid, penyelewengan duit qaryah, urus-tadbir kewangan yang lemah, pengurusan masjid yang tidak berdaya maju, pengisian program-program yang tidak terancang dan lain-lain. Kekotoran pengerusi qaryah akhirnya telah mengotorkan seluruh sistem dalam masyarakat. Akibatnya masyarakat jadi lesu dan mundur. Tiada percambahan idea baru. Ilmu terhenti perkembangannya. Malah idea dan ilmu baru dianggap cabaran negatif yang bakal merosakkan ego pengerusi qaryah yang kotor. Sejarah keruntuhan institusi agama di barat wajar diambil pengajaran. Apabila institusi agama yang bersih dikotorkan oleh pentadbir yang kotor, ia akhirnya tidak dihormati malah dihina. Pengerusi qaryah yang lemah dan kotor wajar berundur sebelum diundur secara paksa. Tolonglah, kegelapan anda jangan menggelapkan masyarakat seluruhnya. Berundurlah secara terhormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan