Hakikatnya keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu 'Allah' mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia. Tulisan ini ikhlas untuk menilai pendirian parti-parti politik di Malaysia berkenaan isu ini menurut kaca mata penulis.
Umno bijak membakar sentimen umat Islam untuk meraih simpati rakyat yang beragama Islam. Namun lakonan UMNO kita nampak jelas. UMNO dari sebuah parti politik yang memisahkan politik dan agama kini cuba jadi wira agama. Logik ke? Bukankah UMNO menolak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu. UMNO juga adalah parti politik yang membiarkan masalah muslim Melayu murtad secara bermaharajalela. Boleh percaya ke kepada UMNO untuk menjadi pejuang Islam ketika rasuah yang ditegah Islam menjadi darah daging UMNO.
PAS? Dalam isu ini PAS hilang gigi kerana nak undi bukan Melayu. Mana pendirian tegas Ketua Umun, Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS? Mana pendirian berani Mat Sabu dan Mahfuz. Tegas dan tak perlu kona-kona. Terima kasih kepada Ustaz Nasharuddin Bin Mat Isa dan Dr. Harun Din. Tokoh-tokoh lain kini kalut dok telaah kitab untuk cari sebab untuk halalkan 'Allah' kepada penerbitan gereja Katolik. Khalid Samad cukup global.
PKR pula mana pendirian anda? Ada, tapi tak jelas dan banyak kona. PKR nak menang di kawasan orang Melayu tetapi tidak berani memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Ini kerana PKR parti pelbagai kaum. Tetapi hak bangsa bukan Melayu nyaring pula suara perjuangannya.
DAP? Ada harapan ke untuk menyokong isu-isu untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Mana Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng? Ada ke suara mereka yang dapat melegakan umat Islam. MCA? Boleh ke beri secebis simpati kepada umat Islam yang terguris. Atau MCA hanya untuk perjuangan bangsa Cina. MIC? Hanya berminat kepada perjuangan untuk kepentingan bangsa India. Biarkan umat Islam terguris. Bukan isu MIC.
Kesimpulannya umat Islam dan orang Melayu semakin rugi serta tiada tempat nak mengadu. Nak beri tetapi yang dok ada pencuri, tak beri tiada ganti. Tengok langit telan air liur. Tak boleh buat apa. Betul ke? Boleh ke parti-parti politik di negara kita berjuang atas prinsip kebenaran. Bukan atas prinsip bangsa. Besarlah harapan kiranya ia dapat berlaku. Paling dok tunggu...kenyataan Karpal Singh supaya pihak gereja dan pihak-pihak lain berhati-hati dalam dalam kenyataan dan tindakan agar hati umat Islam dan orang Melayu tidak terguris lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan