Isnin, 11 Januari 2010

Kerana ais krim 2 kupang

Begitu mudah
persahabatan yang sedia dijalin
dirungkai...hanya kerana ais krim 2 kupang

Begitu murah
Kasih sayang yang sedang mekar
dicantas...hanya kerana ais krim 2 kupang

Berilah 'kekayaan' itu pada kami
Sebab 'kekayaan' itu
Hasil usaha kami

Bagilah 'khazanah' itu kepada kami
Sebab 'khazanah' itu
Hasil rintisan kami

Kami cadangkan satu idea yang maha bernas
Agihkan 'kekayaan' dan 'khazanah' kepada kami segera
Agar ia tidak nampak
Usaha yang dirancang itu
Kerja politik...agar musuh restu

Bingkaslah peneguh Wanita
Keluarkan 'kekayaan' dan 'khazanah' dari Wanita
agar ia tidak nampak
Ini komitmen politik....agar musuh setuju

Kenapa begitu dangkal
kerana cenggal hutan dibakar

Kan lebih padu
kira kita letak ia
dibawah satu perdu

Kenapa begitu naif
Kerana laba
Wanita nak diabai

Kerana kepentingan diri
Kita koyakkan jaket sendiri

Kenapa begitu sekali
Rendahnya akal budi
Kerana secebis
Buang seperiuk

Di kegentingan ini
muncullah mutiara
terserlah suasa

Moga sinar terus bergemelap
Mutiara diletak dipuncak
Suasa dikepit jugak

Buat teman
Janganlah dirujuk musuh
Kira kita nak terus teduh

Sejak bila musuh senang dengan kita?
Sejak bila musuh berdoa untuk kejayaan kita?

Jangan kerana musuh
Kita bercempera
Jangan kerana aiskrim 2 kupang
Kita bersengketa

Pandanglah jauh ke depan
Semoga besar jiwa
Jadikan yang di belakang
Sebagai panduan untuk berjaya

Berkawanlah dengan orang cerdik pandai
Moga wangian intelek
Melekat juga biarpun sedikit

Tapislah rakan-rakan lama
Yang buat kita tidak ke mana
Tinggalkanlah mana tak guna
Yang buat kita di takuk lama

Terimalah teguran orang yang berpengalaman
Dengan lapang dada
Itulah teman sehati sejiwa

Janganlah angkuh
Apabila satu pintu bahagia mula terbuka
Dengan berkata "pintu itu aku punya"

Sebenarnya banyak lagi
Pintu bahagia akan terbuka
Kira kita sabar, setia dan syukur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan