Khamis, 31 Disember 2009

Pelancaran Rasmi Blog jkkkpondokupeh.blogspot.com

Terima Kasih kepada YB Speaker, YB Datuk Halim Bin Hussain kerana telah melancarkan blog rasmi JKKK Pondok Upeh: //jkkkpondokupeh.blogspot.com pada 31 Disember 2009 sempena Majlis Imbauan Kejayaan 2009. Terima kasih kepada semua yang terlibat mengusahakan kewujudan blog rasmi JKKK Pondok Upeh ini khususnya kepada saudara Mohd Ali Bin Ismail, Penolong Setiausaha JKKK Pondok Upeh dan guru-guru di Pusat Intenet Desa BalikPulau, terutamanya Puan Ija.

Mohon Raja-Raja Melayu dan Umat Islam Selamatkan Kekeliruan Penggunaan 'Allah'

JKKK Pondok Upeh memohon tindakan pantas dan bijaksana Majlis Raja-Raja Melayu serta umat Islam seluruhnya untuk menyelamatkan kekeliruan penggunaan istilah 'Allah' yang membenarkan pihak Gereja Katolik menggunakan istilah tersebut di dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly dan penerbitan mereka yang lain. Keputusan Hakim Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 31 Disember 2009 amat memilukan, memalukan dan mengecewakan kami serta umat Islam seluruhnya.

0leh : jkkkpondokupeh.blogspot.com
JKKK Terbaik Daerah Barat Daya 2009
Tempat Ketiga JKKK Terbaik Peringkat Pulau Pinang 2009

Perutusan Tahun Baru 2010

Buat seluruh warga Malaysia dan warga Pondok Upeh khususnya, kini tahun 2010 telah tiba. Doa kami pimpinan JKKK Pondok Upeh semoga tahun 2010 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang khususnya dari aspek amalan di dunia untuk bekalan di akhirat. Amin.

Pelancaran Rasmi Malam Imbauan Kejayaan 2008/2009

Terima kasih kepada YB Speaker, Datuk Abdul Halim Bin Hussain kerana kesudian beliau membuat pelancaran rasmi Malam Imbauan Kejayaan 2008/2009 JKKK Pondok Upeh. Sesungguhnya komitmen YB Datuk Abdul Halim, YB Mansor Othman dan pimpinan kerajaan negeri, ahli Majlis MPPP, PKR Balik Pulau dan Pulau Pinang, AJK JKKK Pondok Upeh dan semua warga Pondok Upeh dalam bentuk sumbangan idea, tenaga dan kewangan telah berjaya menobatkan JKKK Pondok Upeh sebagai JKKK Terbaik di Daerah Barat Daya dan Tempat Ketiga JKKK Terbaik Peringkat Pulau Pinang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Khamis, 24 Disember 2009

JKKK Terbaik Daerah Barat Daya - Kemanisan 1



Apabila dimaklumkan oleh Penghulu Basri pada 17 Disember 2009 bahawa JKKK Pondok Upeh telah dipilih oleh penal juri sebagai juara pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Daerah Barat Daya 2009 dan akan mewakili Daerah Barat Daya ke Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009, gerak kerja yang lebih tersusun dirangka untuk dilaksana.
Tindakan pertama, mengadakan mesyuarat khas JKKK Pondok Upeh pada 18 Disember 2009 fokus kepada perancangan ke arah JKKK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009. Antara tindakan hasil mesyuarat :
1.Profil JKKK Pondok Upeh mesti dimantapkan lagi
2.Pejabat JKKK Pondok Upeh mesti dicantikkan lagi
3.Gerak saraf /psikologi ke arah JKKK Terbaik peringkat negeri Pulau Pinang mesti diperhebatkan, antaranya dengan ;
a) Pada 18 Disembar 2009, menempah iklan/kain rentang dan menaikkan iklan/kain rentang pada 19 Disembar 2009 untuk mewarwarkan kemenangan peringkat daerah dan sedang bersaing untuk dinobatkan sebagai JKKK Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang.
b) Menganjurkan 'Solat Zohor dan Solat Hajat Berjamaah' di Pejabat JKKK Pondok Upeh pada 21 Disember 200 memohon agar JKKK Pondok Upeh diberi keputusan yang terbaik dan kami akan redha.
c) Menganjurkan 'Pertandingan Mencipta Replika Rumah Tradisi Melayu Pondok Upeh' pada 23 Disember 2009 supaya demam JKKK Terbaik berjangkit ke setiap warga Pondok Upeh. Hadiah istimewa disediakan: Tempat Pertama - RM 100
Tempat Kedua - RM 60
Tempat Ketiga - RM 40
d) Di hari penyampaian hadiah iaitu 23 Disember 2009, dijemput Pak Sheikh iaitu bekas Pengerusi JKKK era BN/UMNO sebagai tetamu istimewa dan penyampai hadiah kepada para pemenang. Jemputan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pimpinan JKKK terdahulu dengan JKKK kini dan bersama-sama berusaha serta mendoakan agar JKKK Pondok Upeh dipilih sebagai JKKK Terbaik Peringkat Pulau Pinang.

Isnin, 21 Disember 2009

Jumaat, 18 Disember 2009

Memalukan...Imam lari dari membaca talkin

Kejadian aneh ini telah berlaku di Qaryah Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 16 disember 2009. Tanpa memaklunkan terlebih dahulu kepada keluarga arwah, secara tiba-tiba Imam Rahman lari dari tugasnya untuk membaca talkin arwah Mak long. Kenapa? Penduduk terpinga-pinga. Sedangkan semasa di kubur dialah orang yang kalut arahkan itu dan ini untuk membetulkan kedudukan jenazah. Apa salah arwah? Rungut puluhan ahli masyarakat yang menunggu bacaan talkin. Pengerusi kariah sembunyi di tepi kolah. Wow! Mana kuasa yang hang dok bangga sangat sebelum ini? Imam Rahman: anda menggerakkan fitnah yang sedang tidur. Ingat! Allah melaknat orang yang menggerakkan fitnah yang sedang tidur.

Khamis, 17 Disember 2009

Peta Pulau Pinang

Perutusan sambutan Maal Hijrah 1431H/2009M

JKKK Pondok Upeh melihat cabaran yang hebat mananti apabila pintu lembaran Maal Hijrah 1431H/20009M dibuka. Kekuatan ilmu, kesepaduan matlamat, kebijaksanaan perancangan, ketepatan tindakan, keberanian meneroka perkara baru, kegigihan perjuangan, keikhlasan hati, kehebatan iman dan taqwa adalah antara ramuan yang akan mengunggulkan perjuangan JKKK Pondok Upeh. Selamat meyambut Maal Hijrah. Semoga peristiwa hijratul rasul 1431 tahun dahulu menjadi suri teladan yang melekat di jiwa.

Rabu, 16 Disember 2009

Qaryah Pondok Upeh sudah hilang wibawa

Pelbagai siri kelemahan dalam pengurusan qaryah Pondok Upeh,Balik Pulau membuktikan qaryah Pondok Upeh telah hilang wibawa. Terbaru kejadian keengganan Iman 1, En. Abdul Rahman Bin Taib membaca talkin untuk jenazah Mak Long yang dikebumikan pada 16.12.2009 tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada keluarga si mati amat memalukan keluarga si mati, penduduk Pondok Upeh dan pengurusan qaryah sendiri. Alasan Pengerusi qaryah yang beliau tiada kemampuan untuk menentukan pemikiran iman Rahman dan tiada upaya menyediakan iman ganti lain membuktikan kelemahan ketara yang memalukan. JKKK Pondok Upeh kecewa mempunyai Pengerusi qaryah yang sebegini lemah.

Selasa, 15 Disember 2009

Tahniah sempena majlis perkahwinan anak Cikgu Razak


JKKK Pondok Upeh mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (SAR, Cikgu Razak dan keluarga sempena majlis perkahwinan 3 anak beliau serentak iaitu Farid, Fuad dan Fahmi pada Ahad 13 Disember 2009 di Dewan Seri Gemilang, MRSM Balik Pulau. Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat.

Ucapan takziah kepada Pak Long dan keluarga

AJK JKKK merakamkan ucapan takziah kepada Pak Long dan keluarga di atas kematian Mak Long pada 15.12.2009 jam 8.15 malam. Kesedihan di atas kehilangan insan tersayang lebih bermakna sekiranya kita redha dengan ketentuan ilahi dan kita semakin taqwa kepada Rabbul Jalil.

Ahad, 13 Disember 2009

Ariffahmi - Pengunduran segera lebih berstrategi


JKKK Pondok Upeh berpendirian pengunduran segera Ariffahmi sebagai Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah lebih 'berstrategi' bagi mengurangkan beban fitnah kronisme kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Nga Kor Ming dituntut mohon maaf kepada umat Islam


Perbandingan untuk mempertikaikan peruntukan pembinaan rumah ibadat orang Islam dengan orang bukan Islam oleh YB Nga Kor Ming adalah antara kemuncak kesumat kepada umat Islam di Malaysia dan tidak menghargai sejarah tolak ansur umat Islam yang menerima imigran luar menjadi warganegara Malaysia. Sebagai YB yang turut diundi oleh umat Islam, kenyataan sebegini amat tidak wajar dan 'tidak berstrategi'. JKKK Pondok Upeh membantah kenyataan tersebut dan menuntut beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Sabtu, 12 Disember 2009

Sambutan Tahun Baru 2010

JKKK Pondok Upeh akan mengadakan sambutan tahun 2010 pada malam 31 Disember 2010. Pelbagai acara disusun. Jom sertai!

Perutusan sempena cuti persekolahan 2009

JKKK Pondok Upeh mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh pelajar sama ada di Pondok Upeh atau di seluruh Malaysia amnya. Gunakan ruang masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran yang lalu dan mengambil anisiatif sendiri umtuk mempelajari pelajaran akan datang. Selamat bercuti dan selamat belajar. Pelajaran penentu masa depan.

Hub Pendidikan Cemerlang di Pondok Upeh - JKKK beri sokongan penuh

JKKK Pondok Upeh amat bersetuju dengan cadangan tersebut.Sebanyak RM121 juta diperuntukkan.Semoga masyarakat Pondok Upeh mendapat manafaat sebanyak mungkin dari projek tersebut.

Kehadiran panel hakim Pertandingan JKKK Terbaik





10 Oktober 2009 tercipta sejarah baru bagi JKKK Pondok Upeh apabila menerima kehadiran panel hakim dari Pejabat Daerah dan JKM. En.Taufik, Ali, Pakcik Sulaiman, Pakcik Rose, Pakcik Che Meh dan Cikgu Siti Khalijah menyambut kehadiran panel hakim. Dimulai dengan penerangan tentang Bintang Misi Visi JKKK Pondok Upeh dan diikuti penerangan berkenaan JKKK melalui tayangan slaid. Selepas itu berlaku sesi soal jawab. Majlis yang bermula pada pukul 10.55 pagi dan berakhir pada pukul 12.15 tengah hari itu berjalan lancar. 15 Disember 2009 nanti akan diumumkan pemenang anugerah JKKK Terbaik.

Rabu, 9 Disember 2009

Persiapan Pertandingan JKKK Terbaik

AJK JKKK dan AJK Persatuan Kebajikan Wanita bersatu tenaga membuat persiapan terakhir pertandingan JKKK Terbaik anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. AJK JKKK membersih kawasan dalaman dan luaran Tuisyen Bestari yang dijadikan pejabat sementara JKKK. Manakala AJK Persatuan Kebajikan Wanita fokus kepada menghias bintang Misi Visi JKKK Pondok Upeh.Komitmen Iza, Ida, Ita, kak Siah dan Kelly amat dihargai.

Pengerusi dan Setiausaha membuat persiapan dokumentasi terakhir dan paparan skrin. Manakala Ali, Sulaiman, Azmi, Rosdi, Izzah, Aina, Asyraf dan Iliya mengemaskini Perpustakaan Mini di samping menghias pejabat dan ruang mesyuarat. Ikmal, Izarul, Iman dan Imran pula mengecat tulisan blok JKKK Pondok Upeh JKKK Cemerlang. Turut memasang bendera adalah Ali, Ikmal, Azmi, Zaidi, Iman, Imran, dan Izarul. Keikhlasan kalian amat membanggakan.

Isnin, 2 November 2009

Tok Guru : Jangan Dok Latah Lagi


Mulanya Ibrahim Ali disuruh berhenti
Berteriak juak-puak penyokong sendiri
Letak jawatanlah! Ibrahim Ali
"Mu masuk melalui cara tak betul",kata tok guru lagi

Kini Hassan Ali dibuli
Mustaffa Ali diperli
Nasharuddin pula dimaki
Segerakan EGM parti

Kerana apa ni?
Hujan tak mari
Ribut tak pergi
Adakah kerana tulisan Aziz Bari?
Atau yang telah lama terpendam di hati
Kerana banyak kalah dalam pemilihan parti

Tok Guru yang dihormati
Tak comel melatah sana-sini
Ditambah tika kubur panggil mari
Akar umbi berterabur nak tetap hati

Ya betul, Tok Guru dah lama pegang negeri
Kuasa di hujung jari
Ramai penyokong tidak terperi
Duduk pulak sebagai ketua umum parti

Tapi bukan bermakna boleh megah diri
Boleh melatah sesuka hati
Ikutlah saluran parti
Segala pandangan luahkan dalam mesyuarat parti

Perjuangan ini masih jauh
Janganlah cepat melabuh sauh
Kerana kembung tenggiri ditaruh
Pecah sahabat kerana pengaruh

Buat Tok Guru
Janganlah dok melatah lagi
Jagalah negeri
Takut nanti Annuar Musa curi

Apa kan jadi
Kalau terus begini
Dasar parti jadi hak milik peribadi
Kaku dan cemperalah ahli

Biar pun nak berpakat
Janganlah dibuang sahabat terdekat
Kerana dok tengok jauh sangat
Takut yang sana tak dapat
Yang sini pulak naik meluat
Tinggal nanti pahat berkarat

Raikan sahabat lama yang setia
Riakan teman baru yang ceria
Agar pakatan terus padu
Untuk terus maju
Menjadi harapan baru
Rakyat Malaysia yang berjiwa satu

Selasa, 27 Oktober 2009

Perutusan Kepada Jemaah Haji 2009

Saya mewakili saf kepimpinan JKKK Pondok Upeh Pulau Pinang mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga kepulangan dari tanah suci Makkah dan Madinah nanti akan membawa sirna kepada kepada ummah. Salam penuh ingatan,

Sabtu, 24 Oktober 2009

Seloka Generasi Pening

Pencuri dikutuk mencuri
Namun duit berlambak diberi
Qaryah pula amat bermurah hati
RM2000 mudah diberi
Untuk ke Batu Feringgi

Bercampurlah pemuda pemudi
Syarak dibuang ke tepi
Semuanya angkara akal mati
Haji Pengerusi habis diuli

Duit Qaryah dibuat kenduri
Untuk dibeli undi
Jawatan Pengerusi Qaryah nanti
Harapnya dipilihlah lagi

Biarkan masyarakat apa nak jadi
Yang penting aku jadi pengerusi
Kalutlah haji di rumah kenduri
Ditambah semasa orang mati
Demi populariti

Inilah generasi pening yang dok ada kini
Kami semua terpaksa gigit jari
Harap Pak Long tidak turut terbeli
Nanti luruh janggut tiada ganti

Seloka Haram Jadah

Ha ha...

Masjid di kampungku ini cukup cemerlang
Sistem siarayanya terkehadapan
Meninggalkan kami jauh di belakang
Tetapi dok asyik meragam
suaranya kekadang terpadam

Inilah bahananya
Pengerusi merangkap tukang pasang
Sana dipulas sini dipusing
Pagi elok petang pekak badak
Malam o.k subuh k.o

Masyarakat mula menyampah
Pak Long dah dok menyumpah
Hoi! Kami dah tak larat dengar dah
Asyik cubaan cubaan tak sudah
Cubaan haram jadah

Hadiri Program Bersama ADK Penang.

JKKK Pondok Upeh menyertai Program Bagai Aur Dengan Tebing (Memperkasakan JKPD dan NGO),24.10.2009 di Penang Resort, Bertam.Taufik dan Ali mewakili JKKK. Banyak tip untuk menangani masalah dadah setempat diperolehi. Terima kasih Encik Azan dari AADK Barat Daya kerana jemputan ini.

Selasa, 20 Oktober 2009

Sajak : Pembesar Suara

hello 123
cubaan cubaan
bila agaknya cubaan menjadi kenyataan
ketika kalian masih cubaan
orang lain sudah jauh ke hadapan

cubaan 123 cubaan 123
cubaan 321 cubaan 321
bila masanya kalian ingin laksanakan idea baru
ketika kita jauh mundur di belakang
kalian kental pertahankan idea lama yang memundurkan

hello hello
cubaan cubaan
keluarlah dari tempurung gelap itu
perhatikan dunia luas terbentang
di mana kita kini
bagaimana anak-anak kita akan datang

cubaan cubaan
kami tidak mahu cubaan lagi
kami mahukan kenyataan

123 321
cukuplah dok pi mai pi mai tang tu
kami ingin bebas dari dunia gelap itu

ayah dan bonda
kiranya kalian tidak mampu menunaikan amanah kepimpinan itu
dengan hormat serah kepada kami, generasi muda
untuk kami gagahi umat
dengan kemajuan dan kemuliaan

ayah dan bonda
kami tak sanggup dihina lagi
kerana kemunduran yang diwarisi kepada kami
kami ingin meneroka dunia baru
dunia kejayaan dengan ketaqwaan

restui dan doakan kejayaan kami

Jumaat, 16 Oktober 2009

Cabaran pemimpin muda

Pemimpin muda yang hebat mesti memiliki ciri-ciri berikut :
Keupayaan ilmu, keberanian mencuba dan menerima risiko, ketulusan hati, kekuatan rohani dan jasmani, kerjasama strategis team-tank dan seluruh AJK, keupayaan berfikir, bertindak dan berhujah secara kritis, kemurnian akhlak, kekuatan hubungan dengan Allah dan manusia, komited, kemantapan kewangan, gerak kerja yang sistematik dan terancang.

Wibawa pengerusi qariah masjid

Wibawa pengerusi qaryah sering menjadi isu. Campur-tangan orang politik yang kotor telah menyebabkan perlantikan orang-orang yang kotor sebagai pengerusi qaryah. Kekotoran ini akhirnya merebak kepada masyarakat. Mulalah salah guna "kuasa saya","hanya pengawai masjid yang layak menggunakan peralatan masjid, penyelewengan duit qaryah, urus-tadbir kewangan yang lemah, pengurusan masjid yang tidak berdaya maju, pengisian program-program yang tidak terancang dan lain-lain. Kekotoran pengerusi qaryah akhirnya telah mengotorkan seluruh sistem dalam masyarakat. Akibatnya masyarakat jadi lesu dan mundur. Tiada percambahan idea baru. Ilmu terhenti perkembangannya. Malah idea dan ilmu baru dianggap cabaran negatif yang bakal merosakkan ego pengerusi qaryah yang kotor. Sejarah keruntuhan institusi agama di barat wajar diambil pengajaran. Apabila institusi agama yang bersih dikotorkan oleh pentadbir yang kotor, ia akhirnya tidak dihormati malah dihina. Pengerusi qaryah yang lemah dan kotor wajar berundur sebelum diundur secara paksa. Tolonglah, kegelapan anda jangan menggelapkan masyarakat seluruhnya. Berundurlah secara terhormat.

Khamis, 15 Oktober 2009

Bersih padang bola pondok upeh, 15-16 okt










Aktiviti ini dijalankan secara gotong-royong pada 15 dan 16 okt 2009. Terima kasih Pakcik Sulaiman, Mie, Jo, Affan, Ikmal, Izzarul dan ahli-ahli Kelab Sukan & Rekreasi Pondok Upeh.

Korban dan Akikah 2009, 27.11.09






Program Korban dan Akikah 2009 akan diadakan di Tuisyen Bestari Pondok Upeh pada hari raya pertama, 27 okt 2009 atau 28 okt 2009. Satu bahagian RM350. Kenduri kepada penduduk setempat turut diadakan. Penyertaan & sumbangan ikhlas dialu-alukan. Anjuran JKKK Pondok Upeh.

Soalan teka biji betik



1."Kuasa saya", dimanakah penggunaannya?
2. Dalam satu pertandingan teka biji betik yang hadiahnya basikal berharga lebih RM400, siapakah yang anda jangka akan menang?

Selasa, 13 Oktober 2009

Mesyuarat JKKK Pondok Upeh, 14 Okt 2009

Agenda:1. Sambutan Hari Raya Aidiladha & Majlis Korban 1430H/2009
2. Post-mortem Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009

Bolasepak persahabatan Pondok Upeh vs Taman Pondok Upeh, 11 okt

Bola sepak persahabatan Pondok Upeh vs Taman Pondok Upeh pada 11 okt 2009 berjaya meningkatkan silaturrahim & kualiti permainan pasukan bola sepak Pondok Upeh.

Jamuan Aidilfitri JKKK Pondok Upeh 2009, 3 okt





Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Jamuan Aidilfitri JKKK Pondok Upeh 2009 pada 3 okt 2009. Semoga dirahmati Allah.