Selasa, 27 Oktober 2009

Perutusan Kepada Jemaah Haji 2009

Saya mewakili saf kepimpinan JKKK Pondok Upeh Pulau Pinang mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga kepulangan dari tanah suci Makkah dan Madinah nanti akan membawa sirna kepada kepada ummah. Salam penuh ingatan,

Sabtu, 24 Oktober 2009

Seloka Generasi Pening

Pencuri dikutuk mencuri
Namun duit berlambak diberi
Qaryah pula amat bermurah hati
RM2000 mudah diberi
Untuk ke Batu Feringgi

Bercampurlah pemuda pemudi
Syarak dibuang ke tepi
Semuanya angkara akal mati
Haji Pengerusi habis diuli

Duit Qaryah dibuat kenduri
Untuk dibeli undi
Jawatan Pengerusi Qaryah nanti
Harapnya dipilihlah lagi

Biarkan masyarakat apa nak jadi
Yang penting aku jadi pengerusi
Kalutlah haji di rumah kenduri
Ditambah semasa orang mati
Demi populariti

Inilah generasi pening yang dok ada kini
Kami semua terpaksa gigit jari
Harap Pak Long tidak turut terbeli
Nanti luruh janggut tiada ganti

Seloka Haram Jadah

Ha ha...

Masjid di kampungku ini cukup cemerlang
Sistem siarayanya terkehadapan
Meninggalkan kami jauh di belakang
Tetapi dok asyik meragam
suaranya kekadang terpadam

Inilah bahananya
Pengerusi merangkap tukang pasang
Sana dipulas sini dipusing
Pagi elok petang pekak badak
Malam o.k subuh k.o

Masyarakat mula menyampah
Pak Long dah dok menyumpah
Hoi! Kami dah tak larat dengar dah
Asyik cubaan cubaan tak sudah
Cubaan haram jadah

Hadiri Program Bersama ADK Penang.

JKKK Pondok Upeh menyertai Program Bagai Aur Dengan Tebing (Memperkasakan JKPD dan NGO),24.10.2009 di Penang Resort, Bertam.Taufik dan Ali mewakili JKKK. Banyak tip untuk menangani masalah dadah setempat diperolehi. Terima kasih Encik Azan dari AADK Barat Daya kerana jemputan ini.

Selasa, 20 Oktober 2009

Sajak : Pembesar Suara

hello 123
cubaan cubaan
bila agaknya cubaan menjadi kenyataan
ketika kalian masih cubaan
orang lain sudah jauh ke hadapan

cubaan 123 cubaan 123
cubaan 321 cubaan 321
bila masanya kalian ingin laksanakan idea baru
ketika kita jauh mundur di belakang
kalian kental pertahankan idea lama yang memundurkan

hello hello
cubaan cubaan
keluarlah dari tempurung gelap itu
perhatikan dunia luas terbentang
di mana kita kini
bagaimana anak-anak kita akan datang

cubaan cubaan
kami tidak mahu cubaan lagi
kami mahukan kenyataan

123 321
cukuplah dok pi mai pi mai tang tu
kami ingin bebas dari dunia gelap itu

ayah dan bonda
kiranya kalian tidak mampu menunaikan amanah kepimpinan itu
dengan hormat serah kepada kami, generasi muda
untuk kami gagahi umat
dengan kemajuan dan kemuliaan

ayah dan bonda
kami tak sanggup dihina lagi
kerana kemunduran yang diwarisi kepada kami
kami ingin meneroka dunia baru
dunia kejayaan dengan ketaqwaan

restui dan doakan kejayaan kami

Jumaat, 16 Oktober 2009

Cabaran pemimpin muda

Pemimpin muda yang hebat mesti memiliki ciri-ciri berikut :
Keupayaan ilmu, keberanian mencuba dan menerima risiko, ketulusan hati, kekuatan rohani dan jasmani, kerjasama strategis team-tank dan seluruh AJK, keupayaan berfikir, bertindak dan berhujah secara kritis, kemurnian akhlak, kekuatan hubungan dengan Allah dan manusia, komited, kemantapan kewangan, gerak kerja yang sistematik dan terancang.

Wibawa pengerusi qariah masjid

Wibawa pengerusi qaryah sering menjadi isu. Campur-tangan orang politik yang kotor telah menyebabkan perlantikan orang-orang yang kotor sebagai pengerusi qaryah. Kekotoran ini akhirnya merebak kepada masyarakat. Mulalah salah guna "kuasa saya","hanya pengawai masjid yang layak menggunakan peralatan masjid, penyelewengan duit qaryah, urus-tadbir kewangan yang lemah, pengurusan masjid yang tidak berdaya maju, pengisian program-program yang tidak terancang dan lain-lain. Kekotoran pengerusi qaryah akhirnya telah mengotorkan seluruh sistem dalam masyarakat. Akibatnya masyarakat jadi lesu dan mundur. Tiada percambahan idea baru. Ilmu terhenti perkembangannya. Malah idea dan ilmu baru dianggap cabaran negatif yang bakal merosakkan ego pengerusi qaryah yang kotor. Sejarah keruntuhan institusi agama di barat wajar diambil pengajaran. Apabila institusi agama yang bersih dikotorkan oleh pentadbir yang kotor, ia akhirnya tidak dihormati malah dihina. Pengerusi qaryah yang lemah dan kotor wajar berundur sebelum diundur secara paksa. Tolonglah, kegelapan anda jangan menggelapkan masyarakat seluruhnya. Berundurlah secara terhormat.

Khamis, 15 Oktober 2009

Bersih padang bola pondok upeh, 15-16 okt










Aktiviti ini dijalankan secara gotong-royong pada 15 dan 16 okt 2009. Terima kasih Pakcik Sulaiman, Mie, Jo, Affan, Ikmal, Izzarul dan ahli-ahli Kelab Sukan & Rekreasi Pondok Upeh.

Korban dan Akikah 2009, 27.11.09






Program Korban dan Akikah 2009 akan diadakan di Tuisyen Bestari Pondok Upeh pada hari raya pertama, 27 okt 2009 atau 28 okt 2009. Satu bahagian RM350. Kenduri kepada penduduk setempat turut diadakan. Penyertaan & sumbangan ikhlas dialu-alukan. Anjuran JKKK Pondok Upeh.

Soalan teka biji betik



1."Kuasa saya", dimanakah penggunaannya?
2. Dalam satu pertandingan teka biji betik yang hadiahnya basikal berharga lebih RM400, siapakah yang anda jangka akan menang?

Selasa, 13 Oktober 2009

Mesyuarat JKKK Pondok Upeh, 14 Okt 2009

Agenda:1. Sambutan Hari Raya Aidiladha & Majlis Korban 1430H/2009
2. Post-mortem Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009

Bolasepak persahabatan Pondok Upeh vs Taman Pondok Upeh, 11 okt

Bola sepak persahabatan Pondok Upeh vs Taman Pondok Upeh pada 11 okt 2009 berjaya meningkatkan silaturrahim & kualiti permainan pasukan bola sepak Pondok Upeh.

Jamuan Aidilfitri JKKK Pondok Upeh 2009, 3 okt





Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Jamuan Aidilfitri JKKK Pondok Upeh 2009 pada 3 okt 2009. Semoga dirahmati Allah.