Isnin, 2 November 2009

Tok Guru : Jangan Dok Latah Lagi


Mulanya Ibrahim Ali disuruh berhenti
Berteriak juak-puak penyokong sendiri
Letak jawatanlah! Ibrahim Ali
"Mu masuk melalui cara tak betul",kata tok guru lagi

Kini Hassan Ali dibuli
Mustaffa Ali diperli
Nasharuddin pula dimaki
Segerakan EGM parti

Kerana apa ni?
Hujan tak mari
Ribut tak pergi
Adakah kerana tulisan Aziz Bari?
Atau yang telah lama terpendam di hati
Kerana banyak kalah dalam pemilihan parti

Tok Guru yang dihormati
Tak comel melatah sana-sini
Ditambah tika kubur panggil mari
Akar umbi berterabur nak tetap hati

Ya betul, Tok Guru dah lama pegang negeri
Kuasa di hujung jari
Ramai penyokong tidak terperi
Duduk pulak sebagai ketua umum parti

Tapi bukan bermakna boleh megah diri
Boleh melatah sesuka hati
Ikutlah saluran parti
Segala pandangan luahkan dalam mesyuarat parti

Perjuangan ini masih jauh
Janganlah cepat melabuh sauh
Kerana kembung tenggiri ditaruh
Pecah sahabat kerana pengaruh

Buat Tok Guru
Janganlah dok melatah lagi
Jagalah negeri
Takut nanti Annuar Musa curi

Apa kan jadi
Kalau terus begini
Dasar parti jadi hak milik peribadi
Kaku dan cemperalah ahli

Biar pun nak berpakat
Janganlah dibuang sahabat terdekat
Kerana dok tengok jauh sangat
Takut yang sana tak dapat
Yang sini pulak naik meluat
Tinggal nanti pahat berkarat

Raikan sahabat lama yang setia
Riakan teman baru yang ceria
Agar pakatan terus padu
Untuk terus maju
Menjadi harapan baru
Rakyat Malaysia yang berjiwa satu