Khamis, 25 Mac 2010

Potensi dan cabaran pembangunan di Pondok Upeh

Kampung Pondok Upeh mempunyai pakej menarik untuk dimajukan dengan projek-projek pembangunan yang pasti akan membawa pulangan kebaikan kepada semua pihak. Di sini ada bukit, aliran sungai, agensi-agensi kerajaan seperti MRSM,KKTM,Ibu Pejabat Polis, taman-taman perumahan baru yang pesat bercambah dan bersebelah Pekan Kongsi yang menjadi pusat pentadbiran utama Balik Pulau.

1.Premis perniagaan
Kampung Pondok Upeh hingga kini tidak mempunyai premis perniagaan sehenti. Gerai-gerai perniagaan peniaga kecil berselerak dan tidak terurus. Sedangkan di Pondok Upeh terkenal dengan mi goreng dan pasembur di gerai Che Meh, kuih tepung talam dan seri muka. Pelajar MRSM seramai lebih kurang 700 orang adalah pasaran besar yang berpotensi untuk diteroka.

2.Potensi Tanah Berbukit
Tanah berbukit yang subur amat sesuai untuk pelbagai tanaman. Di sini terdapat beberapa pengusaha pertanian secara komersial yang amat aktif. Pertanian secara giat
wajar digalak dalam kalangan penduduk untuk meningkatkan ekonomi mereka.
Trek jogging dan rekreasi yang wujud atas anisiatif penduduk di jalan bukit berpotensi untuk dimajukan.Kini tidak terurus dan tanpa pandu arah.

3.Potensi dalam sektor pelancongan

Jumaat, 19 Mac 2010

Iktibar 'ribut' dari Qaryah

Menarik untuk diimbas kembali tindakan-tindakan anak-anak Qaryah Pondok Upeh dan organisasi-organisasi kepimpinan masyarakat Pondok Upeh apabila menangani 'ribut' dari Qaryah tempoh hari untuk dijadikan iktibar di masa-masa akan datang.
Ada organisasi yang sepatutnya berperanan aktif tetapi menjadi seperti Kupang Tembaga, gah tetapi tak gagah- membisu dan kelu dengan penjelasan dan tindakan. Imam yang saban Jumaat berkhutbah menasihati anak Qaryah di mimbar menjadi kelu apabila turun dari tangga mimbar dan semasa bermasyarakat sedangkan Nabi Muhammad yang mulia adalah imam yang merah mukanya apabila berkhutbah dan menjadi panglima di medan perang. Dalam Perang Uhud, patah gigi nabi dipukul munafikin dan kafirin.
Ada yang mencari hukum dari kitab bukan mencari cara terhikmah untuk bertindak tetapi untuk mencari dalih yang menghalalkan mereka untuk tidak berbuat apa-apa. Imam Malik rela dipenjara dan dipukul teruk demi mempertahankan prisip kebenaran hukum Islam. Malah kematian Imam Malik kesan dari deraan semasa dipenjara.
Ada yang keliru lalu menjadi kalut untuk membuat buat laporan polis terhadap surat gesaan kepada anak-anak qaryah untuk bertanya kisah sebenar dari empunya diri apa sebenarnya yang berlaku tetapi tidak kalut pun untuk membuat laporan kepada pejabat agama untuk menyiasat kesahihan berita tersebar supaya kebenaran terserlah.
Semua yang telah berlaku sewajarnya menjadi pengajaran dan plan tindakan apabila masalah-masalah masyarakat berbangkit selepas ini.
Menarik untuk diperhati cara cucu-cicit Hitler di era moden dalam menangani masalah skandal penderaan seks di Gereja Katolik seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 19 Mac 2010.
Canselor Jerman, Angela Markel berkata:
"...satu-satu cara supaya masyarakat menerimanya adalah dengan mengetahui segala apa yang berlaku."
Bagaimana cara kita menangani 'ribut Qaryah' tempoh hari? Adakah kita membuka ruang seluasnya untuk masyarakat 'mengetahui segala apa yang berlaku'? Kita faham sekiranya skandal gereja tersebut timbul di era Nazi, pasti Hitler akan menghukum bunuh kepada yang berani bertanya dan mambangkit isu yang memalukan negara Jerman.Tetapi lihatlah tindakan cucu-cicit Hitler yang moden dalam menangani masalah masyarakat Jerman. Adakah kita masih berfikir dan bertindak seperti bangsa Jerman semasa era Nazi walaupun badan kita hidup dalam dunia moden dan ketika cucu-cicit Hitler telah lama meninggalkan fahaman Hitler? Atau adakah kita lebih teruk dari penganut agama Kristian Katolik ini dari aspek keterbukaan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam masyarakat.
Masyarakat Pondok Upeh wajar ambil iktibar untuk bergerak maju ke hadapan. Kita tidak mahu terus berada di tahap kedaifan ini untuk selamanya. Kita mesti berani berubah demi kemuliaan dan kecemerlangan kita dan generasi selepas kita.

Khamis, 11 Mac 2010

Perubahan ke arah kemuliaan : Cabaran sepanjang zaman

Kehebatan dan kerosakan manusia sepanjang zaman dirakam dengan terperinci oleh Al-Quran. Penerangan tambahan oleh Nabi s.a.w memudahkan kefahaman kita.Kesukaran dan cabaran yang dihadapi Nabi Adam sejak awal kejadian seterusnya kisah nabi-nabi yang lain hingga ke nabi terakhir Muhammad s.a.w terakam dengan rapi malah hingga kini tiada pihak boleh mempertikaikannya. Maka kita jadikan ia sebagai panduan apabila kitaran masalah yang sama berlaku pada zaman kita dan pada masyarakat kita.
Masalah penyebaran berita salah laku moral Pengerusi Qaryah Masjid Pondok Upeh mesti diurus dengan hikmah. Masalah semakin kusut apabila tiada penjelasan rasmi dibuat untuk menerangkan kisah sebenar. Pengerusi Qaryah menyepikan diri. Para Imam membisu. AJK Qaryah kelu. Masyarakat tertanya-tanya. Masalah ini seolah-olah hendak didiamkan dan hendak disimpan di bawah karpet masjid, akhirnya kita semua pijak dan melupainya. Inikah kaedah mengurus masalah yang melibatkan pimpinan tertinggi masyarakat yang betul?
Lebih dungu apabila laporan polis dibuat terhadap tulisan yang menggesa pemuda, orang-orang tua, AJK Qaryah, pimpinan kampung supaya bertanya dengan terus terang kepada pengerusi Qaryah apa sebenarnya yang berlaku. Tujuan gesaan itu supaya ada kepastian berita yang tersebar sama ada benar atau tidak. Jika tidak benar, kita hentikan fitnah yang memalukan ini. Jika benar, mengakulah dengan matang dan kita sama-sama baik pulih imej Pondok Upeh yang tercalar teruk ini. Dan jika berita itu benar, Pengerusi Qaryah wajar berundur kerana amanah moral. Adakah gesaan bertanya untuk mendapat kepastian satu kesalahan jenayah yang mesti dilaporkan kepada pihak polis? Kita masih duduk zaman batu kah? Jika ada yang masih berfikiran zaman batu, maafkan kami. Kami sudah lama keluar dari dunia yang terkurung itu. Kami kini hidup zaman yang mementingkan kepastian. Dunia tahyul dan ketakutan melulu telah lama kami tinggal.
Ada pula yang berkata gesaan untuk bertanya terus kepada Pengerusi Qaryah adalah satu tuduhan yang mesti disertakan dengan empat saksi yang adil. Jika gagal membawa empat saksi tuduhan dikembalikan kepada orang yang menuduh. Naif sungguh pandangan ini. Kita bukan menuduh. Kita cuma ingin bertanya untuk mendapat kepastian. Adakah nak tanya pun kena bawa empat saksi ke? Kita dah kembali ke Zaman Gelap ke? Zaman Gelap adalah satu zaman yang berlaku di Eropah sebelum berlaku Zaman Kebangkitan dan Zaman Kemajuan. Ketika Zaman Gelap, institusi agama berkuasa penuh dalam banyak aspek dan berlaku penyelewengan yang berleluasa dalam institusi agama. Setiap pertanyaan yang gagal dirungkai dan menyentuh kepentingan golongan jahat di institusi agama dianggap menyalahi agama dan mereka yang berani bertanya dituduh kafir. Fatwa agama diguna sebagai kubu terakhir untuk menegakkan benang yang basah. Adakah Pondok Upeh kembali ke Zaman Gelap ke? Maaf, kami kini tinggal dalam dunia terang lagi bersuluh! Tanya pun tak boleh ke?
Kita ingin melihat Pondok Upeh yang lebih mulia dan dihormati. Pondok Upeh yang dikenali kerana kerukunan masyarakatnya, keaktifan dan pengurusan Qaryah yang cekap serta bermanafaat kepada anak Qaryah. Bilakah keadaan itu akan berlaku? Marilah kita sama-sama berperanan ke arah itu walaupun kita tahu cabaran adalah teman setia perjuangan yang mulia.

Pengerusi Qaryah dah dipecat?

Khabar angin mula bertiup...betul ke? Ke drama ni? Tunggu selanjut ...

Isnin, 8 Mac 2010

Salam dari Hat Yai

Catatan ini dibuat di B-NET Internet Cafe, salah sebuah kedai internet di Hat Yai. Rupa-rupanya sukar cari pusat internet di sini. Bayarannya 15 Bath/RM1.5 sejam. Waktu Hat Yai kini 11.16 malam.

Sedikit catatan ringkas:

7 Mac 2010
6.29 - bertolak dari rumah di Pondok Upeh.
7.55 - Sampai di Komtar
8.08 - Bas bertolak dari Komtar
8.25 - Ambil peserta di Masjid Seberang Jaya
8.39 - Ambil peserta di Sungai Dua
8.53 - Sampai di Tol Kepala Batas

Penulis pun terlena...

10.29 - Sampai di Naluri, Kedah.
11.25 - Lepasi sempadan pertama Thailand.
11.46 - Sampai di sempadan kedua, Hat Yai, Thailand.
12.15 - Mula memasuki daerah Hat Yai.
12.46 - Makan tengahari di sebuah restoran di Hat Yai.Sedap (kerana dah lapar kut.
1.39 - Sampai di Pekan Hat Yai.
1.45 - Daftar masuk di Lee Garden Plaza Hotel.
4.29 - Melawat Nora Plaza.
5.53 - Melawat Pasar dalam sungai (amat istimewa).

8 Mac 2010

11.27 - Bertolak dari hotel. Melawat Jambatan terpanjang di Songhkla, tasik semulajadi terbesar, melihat dari jauh perkampungan Melayu yang terpinggir di Songkhla.

Salam dari Hat Yai

Pengerusi & AJK, En. Sulaiman Dahlan kini berada di Hat Yai, Thailand. Kami sedang mengikuti lawatan sambil belajar anjuran Kerajaan negeri Pulau Pinang. Lawatan . Catatan ini dibuat

Khamis, 4 Mac 2010

Kes salah laku Pengerusi Qaryah Pondok Upeh...apa terkininya

Kes salah laku ini dah heboh seantero Balik Pulau. Namun apa kesudahannya? AJK Qaryah kekal menyepi. Takut ke? Atau tak tahu nak buat apa. Jika AJK Qaryah takut dan tak tahu nak buat apa, kalian tak layak duduk di jawatan itu.

Pemuda Qaryah? Tambahkan kesegaran anda. Anda mesti tunjuk darah muda yang matang dan tidak beku. Anda mesti seperti air terjun yang deras dan bersih bukan air longkang yang kaku dan busuk. Ini ciri pemuda berani. Anda layak mendesak Pengerusi Qaryah menyatakan dengan jujur apa yang berlaku sebenarnya. Sebelum ini kutukan dan amaran bertalu-talu dari Pengerusi Qaryah kepada Pemuda Qaryah kerana kekurangan Pemuda Qaryah. Kes ini adalah ruang Pemuda Qaryah untuk bertanya Pengerusi Qaryah. Tak berani nak tanya ke? Atau tak boleh tanya...kerana semua 'kuasa saya'.

JKKKP? Kekal perlahan dan tak tahu nak buat apa. Masih lena kah? Hoi kes dah Maghrib. Mungkin JKKKP tak mahu buat apa-apa sebab takut kepada Pengerusi Qaryah? Jantanlah beb!

Orang-orang tua di kampung Pondok Upeh pulak bagaimana? Tiada langsungkah daya usaha untuk selesaikan masalah ini. Atau sekadar berkokok di kedai-kedai kopi. Ambillah apa-apa daya usaha untuk selesaikan kes yang memalukan kita semua ini. Telinga ini dah tidak larat nak dengar pertanyaan anak-anak Qaryah lain untuk tahu tentang berita busuk ini.

Bukan nak puji, pada 1 Mac 2010 JKKK Pondok Upeh telah hantar surat yang melaporkan kes ini kepada Pejabat Agama Daerah Barat Daya dan faxkan surat yang sama kepada MAIPP dan JAIPP pada 2 Mac. Pejabat agama ucap terima kasih sebab depa tak tahu apa. Sebab sepatutnya AJK Qaryah maklumkan kepada depa. JKKK terbukti berani dan terkehadapan.Kerana apa? Demi kebenaran.

Hari ini hari Jumaat kedua dari hari kes meletus. Masih tiada apa-apa penjelasan dari pengerusi Qaryah dan AJK Qaryah? Pengerusi Qaryah bermasalah masih menjadi Pengerusi Qaryah kita? Diantara kita satu Pondok Upeh, tiadakah orang yang lebih mulia berbanding dia untuk menjadi Pengerusi Qaryah? Mereka buat kita semua macam kuda kayu...Anda kuda kayu? Dan mereka nak biarkan kes dibawa angin lalu, macam tiada apa-apa yang berlaku!

Antara emas Teakwando dengan 7 emas di rumah

Walau jutaan emas teakwando yang diraih
Pasti amat jijik
Berbanding kemalapan 7 emas di rumah
Biarpun mungkin emas teakwando terbagus
Dan 7 emas di rumah pula berhingus
Pasti 7 emas di rumah lebih mulia
Sebab emas teakwando tiada apa-apa
Sekadar kebanggaan sementara
Ia tidak akan ditanya nanti di sana
Yang disoal tentang 7 emas di rumah
Berkilaukah?
Atau malap
Ketika itu lelehan air mata tiada guna
Dah tersasar fokuskah kita?
Terhadap 7 emas di rumah
Mari kita renung bersama
Jangan tuduh salah siapa
Mungkin salah kita berdua
Mari kita gilap sekilau-kilaunya 7 emas di rumah
Untuk kebaikan kita dan mereka
Untuk Islam tercinta

Selasa, 2 Mac 2010

Kehebatan JKKK Pondok Upeh diiktiraf lagi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

Pada 1 Mac 2010, JKKK Pondok Upeh melakar satu lagi sejarah baru. Pengerusi JKKK Pondok Upeh dipilih oleh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Pulau Pinang menjadi AJK Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)Perhubungan Masyarakat. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Ketua Menteri 1. AJKnya pula terdiri daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen dan ADUN, pengawai-pengawai agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Islam, MPPP, MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Selatan, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan UPEN. Pengerusi JKKK dari seluruh Pulau Pinang hanya dua orang dipilih iaitu Pengerusi JKKK Pinang Tunggal (JKKK Terbaik 2009) dan Pengerusi JKKK Pondok Upeh (JKKK Ketiga Terbaik 2009). Tahniah untuk JKKK Pondok Upeh. Sesungguhnya kehebatan Pengerusi JKKK Pondok Upeh datang dari sokongan dan kehebatan AJK JKKK Pondok Upeh serta masyarakat Pondok Upeh sendiri. Tahniah buat semua.