Ahad, 21 November 2010

Selamat Bercuti Kepada Semua Pelajar

JKKK doakan ruang masa yang ada diguna secara maksimun untuk meningkatkan prestasi akedemik yang masih ada kekurangan. Jangan main saja beb!

Rabu, 17 November 2010

Majlis Korban Dan Akikah 2010

Dilaksanakan pada 18 NOV 2010, 3 ekor lembu dikorbankan.dan diakikahkan.

Selasa, 16 November 2010

Salam Aidiladha

JKKK Pondok Upeh mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat islam.Sesungguhnya Aidiladha mangajar kita setiap kejayaan boleh diraih dengan pengorbanan yang ikhlas dan sepenuhnya.

Isnin, 15 November 2010

Taqwa

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan (merenung) ,apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."    (Al-Hasyr 18)

Isnin, 25 Oktober 2010

Belanjawan 2011 Pulau Pinang : Belanjawan Mesra JKKK

Dalam sidang DUN November nanti akan dibentang Belanjawan Pulau Pinang untuk tahun 2011. Saya bagi pihak PKR Balik Pulau dan kepimpinan JKKK mengharapkan belanjawan yang mesra JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) supaya kualiti perkhidmatan JKKK kepada masyarakat semakin cemerlang .
JKKK yang menjadi kerajaan pakatan rakyat di peringkat akar umbi wajar dipandang serius oleh kerajaan pimpinan Tuan Lim Guan Eng. Untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam pilihanraya ke 13, kerajaan pakatan rakyat diperingkat akar umbi ini wajar diperkasakan.
Saya mengharapkan isu-isu remeh yang masih tidak dapat diselesaikan sebelum ini dapat diselesaikan melalui belanjawan 2011. Masalah-masalah seperti ketiadaan dewan JKKK yang menjadi pusat pentadbiran JKKK, kekurangan kemudahan-kemudahan pejabat seperti komputer, kecetekan ilmu pengurusan JKKK, kelemahan urus tadbir , kekurangan peruntukan untuk pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti JKKK, kekurangan program motivasi berkala, kerendahan elaun pengerusi , setiausaha dan AJK JKKK dan lain-lain faktor halangan wajar diselesaikan.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang wajar menaikkan elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat AJK JKKK seperti mana kerajaan pusat kepada RM 800.00 dan RM50.00. Beban tugas yang berat, komitmen masa yang tinggi, keperluan penguasaan ilmu yang luas, pengorbanan duit ringgit, idea dan kepentingan diri pengerusi JKKK dan AJK JKKK yang tiada batasan wajar dihargai oleh pihak kerajaan negeri.
Saya mengharapkan komitmen yang bersungguh daripada kerajaan negeri untuk memperkasakan kerajaan pakatan rakyat di peringkat akar umbi ini. Kualiti JKKK menjadi cerminan kualiti kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di mata rakyat terbanyak. Keprihatinan kerajaan negeri kepada JKKK membuktikan keprihatinann kepada rakyat sebab JKKK adalah kerajaan yang paling dekat dengan rakyat.
Mohd Taufik Bin Sulong ,012-4380873
Timbalan Ketua Cabang PKR Balik Pulau & pengerusi JKKK Pondok Upeh

Jumaat, 22 Oktober 2010

Apabila perompak berlagak penyelamat Melayu Pulau Pinang

Saya tertarik dengan lagak pimpinan UMNO yang galak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat kini melaksanakan pelbagai dasar untuk meminggirkan orang Melayu. Saya tertarik sebab seolah-olah pimpinan UMNO mendedah kebebalan mereka sendiri kepada rakyat.
Wakil Pulau Pinang, YB Mohamad Farid Saad dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 mendedah orang Melayu memiliki tanah hanya 1.1% di daerah Timur Laut, 15.07% di daerah Barat Daya/ Balik Pulau, 44.2% di Seberang Prai Utara, 23.5% di Seberang Prai Tengah dan hanya 18.09% di Seberang Prai Selatan. Secara keseluruhan orang Melayu hanya memiliki 20.41% tanah di Pulau Pinang. Beliau meletakkan beban pengurangan ini angkara kerja jahat Pakatan Rakyat. Betul ke?
Sejak merdeka (1957), UMNO dan BN menerajui Malaysia termasuk Pulau Pinang. Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang hanya bermula Mac 2008.Takkan penyusutan yang amat ketara itu angkara kerja durjana kerajaan Pakatan Rakyat yang baru berkuasa dua tahun lebih? YB Farib tak bercakap habis ni.
Salah siapa penyusutan hartanah orang Melayu itu berlaku? Pastilah salah kerajaan UMNO dan BN yang memerintah Pulau Pinang sejak lebih 53 tahun yang lalu. Sebagai parti yang menguasai kerajaan pusat yang memiliki agensi-agensi kerajaan seperti PERDA dan MARA yang pasti ada upaya untuk menambah peratusan hartanah orang Melayu di Pulau Pinang. Kenapa mereka tidak memaksimunkan keupayaan agensi-egensi tersebut demi masa depan orang Melayu? Jawapannya mudah.Ini kerana ketika UMNO dan BN menguasai Pulau Pinang, mereka lebih mementingkan perut dan bawah perut mereka serta kroni mereka.
Orang Melayu jangan terikut-ikut mainan propanganda UMNO dan BN tanpa merujuk sejarah. Sejarah tidak boleh ditipu. Sebenarnya UMNO dan BN perompak hak orang Melayu, bukan pembela hak orang Melayu.
Saya tumpang sedih makluman peratusan hartanah orang Melayu ini dilontar di perhimpunan agung sebuah parti yang menguasai kerajaan Malaysia melebihi 53 tahun dengan menyalahkan Pakatan Rakyat yang baru menguasai Pulau Pinang 2 tahun lebih. Saya sebenarnya menanti-nanti idea bernas menggunakan seluruh instrumen kerajaan untuk melonjak peratusan hartanah orang Melayu di Pulau Pinang. Itu pun sekiranya UMNO jujur untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Sejarah kejujuran UMNO lebih 53 tahun membuktikan UMNO adalah parti yang tidak jujur.Malah tangan-tangan pemimpin merekalah yang menyebabkan peratusan hartanah orang Melayu semakin berkurang. Kami pimpinan Pakatan Rakyat komited dan jujur untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Murut dan seluruh rakyat Malaysia. Itulah janji jujur kami.

Mohd Taufik Bin Sulong
Timbalan Ketua Cabang
PKR Balik Pulau

Sabtu, 16 Oktober 2010

Penuhi Masa Muda

"Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Khamis, 14 Oktober 2010

Hub Pendidikan Cemerlang di Pondok Upeh

"...Kerajaan Negeri ingin mendirikan suatu Hub Pendidikan Cemerlang di Pondok Upeh, Bali Pulua dan memperuntukkan RM 121 juta untuk kos pengambilan tanah. Ini adalah bagi menjaminkan masa depan generasi muda agar kelebihan dan kekuatan pendidikan dan ilmu pengetahuan Pulau Pinang sentiasa terjamin demi berdaya saing dalam pentas antarabangsa..."
-Petikan ucapan Lim Guan Eng, Bajet 2010.

Rabu, 13 Oktober 2010

Pelancaran Blog Kelompok Pertanian Pondok Upeh

//kelompokpertanianpondokupeh.blogspot.com
Hari ini satu lagi sejarah indah dan cemerlang dicipta di Pondok Upeh dengan pelancaran blog Kelompok Pertanian Pondok Upeh oleh Pengawai Pertanian Daerah Barat Daya,En.Abdul Halim Bin Abdul Aziz.Tahniah kepada En.Halim dan pejabat Pertanian Daerah Barat Daya. Pelancaran ini dibuat sempena Mesyuarat Kelompok Pertanian Pondok Upeh pada 13.10.2010 ,jam 9.15 malam.
Posted by Pondok Upeh at 7:13 AM 0 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Sabtu, 9 Oktober 2010

Politik oh Politik 2

Siri-siri mesyuarat dengan AJK JKKK & ahli-ahli PKR Pondok Upeh giat diadakan menjelang 25 September 2010. Segala pandangan untuk menentukan pendirian dianalisis dengan teliti. Masuk bertanding atau tidak? Beri laluan & sokongan kepada Ahli Majlis MPPP, Saudara Rahman Ismail atau bagaimana? Siri-siri mesyuarat di Pondok Upeh majoriti memutuskan gesaan supaya Taufik masuk bertanding. Taufik beri tempoh hingga 23 September 2010 untuk umum pendirian. Perbincangan tidak rasmi dengan Halim semakin giat. Taufik semakin jinak dengan kem Halim. Pada malam selasa, 21 September 2010, Taufik dijemput menghadiri mesyuarat dengan kem Halim di Bayan Lepas. Rupa-rupa bukan sekadar mesyuarat, tetapi juga antara siri-siri kempen kem Halim di Bayan Lepas. Taufik tiba lambat sebab meraikan jamuan Aidilfitri di rumah saudara Ali, Penolong Setiaisaha JKKK Pondok Upeh. Apabila tiba saja, pengerusi majlis, saudara Harani (Pengerusi JKKK Pekan Bayan Lepas) menjemput Taufik berucap. Tanpa makluman awal,jatidiri politikus muda teruji. Rasanya ini detik rasmi kemasukan dan sokongan rasmi Taufik kepada kem Halim. Selepas majlis kempen, mesyuarat bermula. Agenda besarnya ialah sama ada Rahman atau Taufik akan menjadi calon rasmi kem Halim untuk jawatan Timalan Ketua Cabang. Siapakah agaknya pilihan ahli-ahli kem Halim? Tunggu...

Khamis, 7 Oktober 2010

Program Astronomi di JKKK Pondok Upeh

Aktiviti JKKK Pondok Upeh 2010

TARIKH AKTIVITI & TEMPAT
02.01.2010-Menjadi tuan rumah Mesyuarat AJK Majlis Makan Malam PKR BP 2010 Kali Kedua.Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
17.01.2010-Menganjurkan ‘Malam Cahaya Lilin-Pemimpin Bersama Rakyat’ YB. Speaker dan YB. TKM 1 adalah tetamu istimewa. Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
19.01.2010 Menghadiri majlis dialog bersama TKM 1. Pengerusi JKKK Pondok Upeh utarakan 3 isu :
1.Berharap ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani masalah banjir di Pondok Upeh khususnya kepada Majlis Tindakan Daerah.
2.Mohon jasa baik dan atas semangat setia kawan yang akrab daripada JKKK Simpang Empat agar pasar malam di jalan Pondok Upeh yang diadakan setiap Rabu diserah kelolaaannya kepada JKKK Pondok Upeh untuk penjanaan ekonomi JKKK Pondok Upeh.
3. Mohon peruntukan untuk menampung kos sewa pejabat sementara JKKK Pondok Upeh, RM300 sebulan. Bilik Mesyuarat Pejabat TKM 1, KOMTAR
22.01.2010-Menjadi tuan rumah Mesyuarat AJK Majlis Makan Malam PKR BP 2010 Kali Ketiga. Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
25.01.2010-Taklimat Jabatan Pertanian Daerah Barat Daya kepada JKKK Jabatan Pertanian Daerah Barat Daya
27.01.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Januari 2010. Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
29.01.2009-Penyerahan Borang Warga Emas Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
29.01.2010-Menjadi tuan rumah Mesyuarat AJK Majlis Makan Malam PKR BP 2010 Kali Ke empat. Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
30.01.2009-Mesyuarat kumpulan pemikir Koperasi Prihatin. Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
30.01.2010-Mesyuarat bersama ahli Persatuan Wanita yang membuka gerai jualan kuih-muih dan yang berniaga di SAR Pondok Upeh Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
31.01.2010-Mesyuarat ALP Koperasi Prihatin.Pejabat SementaraJKKK Pondok Upeh
31.01.2010-Mesyuarat bersama ahli Persatuan Wanita untuk merancang pemilihan AJK 2010 perancangan aktiviti tahun 2010. Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
02.02.2010-Penyerahan Borang Warga Emas.Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
03.02.2010 Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Februari 2010. Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
04.02.2010-Perbincangan persediaan terakhir program bersama AADK pada 6.2.2010 Pejabat AADK
04.02.2010-Penyerahan Borang Warga Emas dan perbincangan bersama Penghulu Basri ke arah JKKK yang lebih cemerlang. Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
06.02.2010-Program Bersama Isteri TKM 1, Puan Aishah Bt Zainul.Halaman Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
06.02.2010-Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan edaran risalah AADK dari rumah ke rumah, Pameran dan jualan barangan kesihatan HPA.Halaman Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
06.02.2010-Pemeriksaan kesihatan percuma dari Pejabat Kesihatan Barat Daya. Halaman Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
28.02.2010 Perbincangan tergempar menangani isu Pengerusi Qaryah Masjid Pondok Upeh ditangkap basah Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
01.03.2010-Penyerahan surat mohon penyiasatan kes Pengerusi Qaryah ditangkap basah kepada Pegawai Tadbir Agama,Pejabat Agama Daerah Barat Daya, Ust. Jamal Pejabat Agama Daerah Barat Daya
01.03.2010-Menghadiri Mesyuarat MMK Perhubungan Masyarakat. Pejabat TKM1,KOMTAR
02.03.2010-Menghadiri Mesyuarat Penganjuran Forum Perdana oleh sekretariat JKKK DUN Pulau Betong.Balai Raya Sungai Burung, Balik Pulau
12.03.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Mac 2010.Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
12.03.2010-Mesyuarat bersama pengawai UPEN,Puan Salmah dan Encik Shahrul merancang program pembangunan minda di Pondok Upeh. Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya
08.04.2010-Taklimat penanaman padi dan majlis kesyukuran.Pejabat Pertanian Barat Daya
21.04.2010-Mesyuarat panganjuran sukan rakyat peringkat negeri Pulau Pinang Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya.
24.04.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan April 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
29.04.2010-Menghantar surat sokongan terhadap permohonan penduduk Pondok Upeh sebagai kakitangan MPPP. Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
09.05.2010-Taklimat permohonan lesen gerai buah-buahan bermusim oleh MPPP.Pejabat MPPP Balik Pulau
10.05.2010-Lawatan ke rumah mangsa banjir akibat sistem parit yang tidak baik kerana faktor timbunan tanah oleh pemaju.Rumah Pn. Eda & En. Othman
12.05.2010-Perbincangan bersama mangsa banjir, pemaju, JPS, Pejabat Daerah berkenaan tuntutan kerugian dan perancangan menangani masalah banjir.Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya
12.05.2010-Menyertai seminar Standard dan Kepenggunaan.Hotel Cititel
18.05.2010-Menyertai Taklimat Model Ekonomi Baru.Audotorium A, Tingkat 5 KOMTAR
19.05.2010-Menyerah surat permohonan Program Bersama Pejabat Pertanian Barat Daya.Pejabat Pertanian Barat Daya
21.05.2010-Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Mukim Kawasan Balik Pulau, Bil 1/2010. Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya.
25.05.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Mei 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
30.05.2010-Program Bumi Hijau dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya.Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
26.06.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Jun 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
27.06.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
04.07.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
11.07.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
18.07.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
25.07.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
25.07.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Julai 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
01.08.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
08.08.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
15.08.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
11.08.2010 hingga 08.09.2010-Sumbangan Ais Percuma sepanjang Ramadhan, inisiatif Biro Dakwah JKKK Pondok Upeh.Gerai Raja Ais Kacang
18.08.2010-Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan Ogos 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
22.08.2010-Majlis Berbuka Puasa dan Agihan Sumbangan Ramadhan untuk penerima dari JKKK Kongsi, JKKK Simpang Empat dan JKKK Pondok Upeh.Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
22.08.2010-Program Cerapan dan Penerangan Astronomi dengan kerjasama Pusat Falak Sheik Tahir dan Unit Falak USM Perkarangan Pejabat Sementara JKKK Pondok Upeh
22.08.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
28.08.2010-Menghadiri Majlis Penyerahan Wang Penghargaan Warga Emas.Balora Mastika, Kongsi
29.08.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
29.08.2010-Majlis Berbuka Puasa dan Agihan Sumbangan Ramadhan.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
21.09.2010.Mesyuarat JKKK Pondok Upeh bulan September 2010.Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
05.09.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
19.09.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
21.09.2010-Mengedar jemputan Sambutan Aidilfitri Peringkat Pulau Pinang atas inisiatif pejabat YB Speaker.Seluruh Balik Pulau
22.09.2010-Sambutan Aidilfitri Peringkat Pulau Pinang.Komplek Sukan Balik Pulau
25.09.2010-Menjayakan Karnival Rakyat. JKKK Pondok Upeh diamanahkan menyelia bahagian gerai jualan dan kebersihan tapak karnival.Komplek Sukan Balik Pulau
26.09.2010-Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JKKK & Pakatan Rakyat Simpang 4, Balik Pulau. Simpang 4, Balik Pulau.
26.09.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
29.09.2010-Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Balai Polis Balik Pulau.Balai Polis Balik Pulau
01.10.2001-Persediaan Hari Pertama: Wanita, Pemuda dan AJK JKKK bergabung tenaga membuat persediaan Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Barat Daya (5.00petang hingga 12.00 tengah malam). Tumpuan kerja kepada pemasangan bendera dan kerja-kerja hiasan dalaman pejabat JKKK.Pejabat JKKK dan Perkarangannya
01.10.2010-Melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tentang pencemaran bau akibat sisa kumbahan tangki najis dari MRSM Balik Pulau ke Sungai Pondok upeh/Sungai MRSM.Hotline 1800882727
01.10.2010-Melaporkan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) tentang pencemaran sungai akibat sisa kumbahan tangki najis dari MRSM Balik Pulau ke Sungai Pondok upeh Sungai MRSM /Careline 1300801010
01.10.2010-Melaporkan kepada Indah Water Konsotium (IWK) tentang pencemaran bau dan sungai akibat sisa kumbahan tangki najis dari MRSM Balik Pulau ke Sungai Pondok upeh /Sungai MRSM.Hotline 1800886982
01.10.2010-Melawat sungai dan kawasan-kawasan yang terlibat dengan pencemaran bau bersama JPS dan IWK.Sekitar Sungai MRSM/Pondok Upeh
01.10.2010-Mengambil Kit Bumi Hijau untuk promosi Pasar Pagi Pondok Upeh.Pejabat Pertanian Barat Daya
01.10.2010-Menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri.Fantasy Kindergarden
02.10.2010-Menghadiri Hari Kokurikulum SK Balik Pulau 2010.SK Balik Pulau
02.10.2010-Persediaan Hari Kedua: Wanita, Pemuda dan AJK JKKK bergabung tenaga membuat persediaan Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Barat Daya (5.00petang hingga 12.00 tengah malam).Tumpuan kerja kepada persiapan terakhir susun-atur kerusi dan pemasangan alat-alat multimedia.Pejabat JKKK dan Perkarangannya
03.10.2010-Persediaan Hari Ketiga: Wanita, Pemuda dan AJK JKKK bergabung tenaga membuat persediaan Pertandingan JKKK Terbaik Peringkat Barat Daya
(5.00petang hingga 12.00 tengah malam) Pejabat JKKK dan Perkarangannya
03.10.2010-Membuka kaunter urusetia di Pasar Pagi.Pasar Pagi Pondok Upeh
03.10.2010-Menghadiri Sambutan Aidilfitri anjuran Taman Pondok Upeh Surau Taman Pondok Upeh
03.10.2010-Menghadiri Majlis Ulang Tahun Kelahiran anak AJK Persatuan Wanita, Pn. Noralizawati Kg. Pondok Upeh
04.10.2010-Menerima lawatan pengadil Anugerah JKKK Pondok Upeh Pejabat Sementara
JKKK Pondok Upeh
05.10.2010-Menyerah minit mesyuarat April, Mei, Jun, Julai 2010 Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya
05.10.2010-Menyelesaikan urusan pembayaran petugas dari JKKK Pondok Upeh di Karnival Rakyat.Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya
06.10.2010-Menghadiri Jamuan Aidilfitri di Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya
06.10.2010-Menghadiri Jamuan Aidilfitri di Pejabat Pertanian Barat Daya Pejabat Pertanian Barat Daya
07.10.2010-Menghadiri Jamuan Aidilfitri Peringkat Teluk Bahang,Bangunan MPPP.
12.10.2010-Mengziarahi jenazah kakak Cg.Taufik,Setiausaha PAS Balik Pulau.
13.10.2010-Mesyuarat Kelompak Pertanian Pondok Upeh & Taklimat oleh Pengawai Jabatan Pertanian Barat Daya.
13.10.2010-Melawat rumah penduduk,En.Ibrahim yang penerima Bantuan Ekonomi Kampung (BEK).

Politik oh Politik

Mana nak dijangka, bekas setiausaha dan juga pengerusi JKKK Pondok Upeh akan masuk bertanding sebagai calon Timbalan Ketua Cabang PKR Balik Pulau. Kem Syukri terkejut, kem Halim ternganga. Sebab? Taufik bertanding secara solo, tidak mewakili mana-mana kem. Kini, kebijaksanaan politik teruji kepada peneraju kedua-dua kem. Apa tindakan Syukri, apa strategi Halim? Taufik mampu ubah hala tuju keputusan pemilihan nanti. Syukri mula mesra dengan Taufik. Halim akrabkan lagi perhubungan yang sedia terjalin dengan Taufik. Nilai Taufik cukup mahal menuju 25 September 2010, hari pemilihan. Sekiranya Syukri mampu tarik Taufik ke kem dia, cahaya kemenangan pasti mula memancar. Juga bermakna hampir 100% pengerusi JKKK di Balik Pulau bersama Syukri. Kem Syukri pasti akan cukup ampuh. Jika Halim mampu tarik Taufik ke kem dia, kekuatan baru akan memantapkan lagi kem Halim. Kem Syukri akan mati kuku. Undi dari Pondok Upeh yang sedia dijaga rapi Syukri akan 100% teralih arah ke kem Halim. Strategi kedaerahan kem Syukri iaitu 'PKR Balik Pulau untuk orang Balik Pulau' akan hancur berkecai! Sebab, Taufik dari Pondok Upeh iaitu di kawasan Balik Pulau. Apa jadi 3 hari sebelum pemilihan?

Amanah yang diberikan kepada Pengerusi JKKK Pondok Upeh

1. Timbalan Ketua PKR Cabang Balik Pulau, 2010/2013.
2. Naib Yang DiPertua PIBG SK Balik Pulau, 2009/2010, 2010/2011.
3. AJK MMK Perhubungan Masyarakat, mewakili JKKK zon Pulau.
4. Pengerusi Koperasi Prihatin sdn bhd.
5. Pengerusi bagi seluruh JKKK Barat Daya.

Rabu, 6 Oktober 2010

Kejayaan 2010 Anak Watan Pondok Upeh

1.Faizal Bin Bakri - pingat Perak SUKMA di Melaka 2010.
2.Muhammad Imran Zarif Bin Mohd Taufik - Pelajar Harapan SMK Seri 201
3.Norshahira Binti Azhar - Tempat Kedua Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Agama Kedah 2010.
Syabas!

Isnin, 4 Oktober 2010

Lawatan pengadil Anugerah JKKK Terbaik Daerah Barat Daya 2010

Hari ini, 4 Oktober 2010 hari yang istimewa dan memdebarkan. Hari ini para pengadil Anugerah JKKK Terbaik Daerah Barat Daya datang ke JKKK Pondok Upeh. JKKK Pondok Upeh diadili dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 tengah hari. JKKK Pondok Upeh telah persembahan yang terbaik. Keputusan akan dimaklum oleh Pejabat Daerah. Moga keputusan yang terbaik untuk kami dunia akhirat.

Isnin, 30 Ogos 2010

Pemilihan AJK PKR Balik Pulau 2010 semakin hangat !

Nampaknya akan ada pertembungan yang sengit. Kekosongan kerusi Ketua Cabang Balik Pulau oleh YB Mansor, TKM1 yang berpindah ke Permatang Pauh menghangatkan keadaan.Kem YB Halim khabarnya akan dicabar kem Shukri. Mungkin juga ada individu yang bertanding secara solo. Status Timbalan Ketua Cabang masih samar. Awalnya saudara Rahman ingin menarik diri kerana faktor kesihatan dan akan diisi oleh YB Yusmadi. Sekiranya Rahman kekal sebagai Timbalan Ketua Cabang,YB Yusmadi akan fokus kepada Naib Ketua. Jawatan Ketua Wanita khabarnya turut panas. Kak Ju, Ketua Wanita kini mungkin berundur. Nama Puan Sharipah dari Kg. Seronok dan Puan Hamidah dari Sungai Rusa sedang berlegar. Jawatan Ketua Pemuda turut sengit. Faizal dari Binjai antara nama yang sedang dijaja. Uniknya sistem dalam PKR ialah satu ahli satu undi. Pemimpin yang angkuh dan tidak mesra dengan akar umbi akan ditolak oleh ahli PKR. Doa kami dari akar umbi, apa jua keadaan dan keputusan nanti,PKR Balik Pulau semakin teguh dan maju ke hadapan.4 September 2010 penentu siapa jagoan yang akan bertanding.

Majlis Berbuka Puasa Anjuran JKKK Pondok Upeh Kali Kedua, 29.8.2010

Alhamdulillah, majlis barjalan lancar dengan kehadiran ramai penduduk. 50 penerima sumbangan dirai. Terima kasih kepada YB Speaker, Datin Aisyah, isteri TKM1 kerana sumbangan kerana sumbangan hamper.

Isnin, 16 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa Anjuran JKKK Pondok Upeh

Majlis akan diadakan pada hari Ahad 22 ogos 2010 di perkarangan pejabat JKKK Pondok Upeh. Turut memeriahkan majlis dengan pengelibatan Unit Falak dari Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Kelab Astronomi USM yang akan membuat cerapan astronomi dan aktiviti-aktiviti berkenaan astonomi seperti water gum, buble dan lain-lain.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ais percuma sempena Ramadhan

Sempena Ramadhan, Biro dakwah JKKK Pondok Upeh melaksanakan program pemberian ais percuma di gerai Raja Ais Kacang.Semoga diberkati Allah.

Isnin, 26 Julai 2010

Takziah kepada YB Dr.Helmi Yahaya dan keluarga

Saya mewakili saf kepimpinan JKKK Pondok Upeh mengucapkan ucapan takziah kepada YB Adun Teluk Bahang, Dato' Seri Dr.Helmi Yahaya dan keluarga di atas kematian ibu beliau pada 25 Julai 2010. Saya bersama YB Speaker,YB Dato' Abdul Halim Husain telah pergi merai dan menunaikan solat jenazah arwahyarhamah di Masjid Sungai Burung, jam 11 pagi pada 26 Julai 2010.

Ahad, 25 Julai 2010

Pasar Pagi yang cemerlang

Khabar gembira dari Allah kepada warga JKKK Pondok Upeh khususnya apabila Pasar Pagi Pondok Upeh mendapat sambutan luar jangka. Kini Pasar Pagi itu melibatkan lebih 80 peniaga dengan lebih 150 tapak perniagaan. Tahniah dan terima kasih buat semua yang menjayakannya.

Selasa, 6 Julai 2010

Kerja keras dan berstrategi tepat untuk cemerlang

Doa buat diriku,keluarga,JKKK, masyarakat, negara dan Islam.

Pasar Pagi Pondok Upeh : Sejarah yang sedang dipahat

27 Jun 2010 adalah hari pertama Pasar Pagi kelolaan JKKK Pondok beroperasi. Tahniah buat semua AJK yang ikhlas curahkan tenaga dan segalanya. Semoga cemerlang.

Khamis, 27 Mei 2010

Program Bumi Hijau

Akan diadakan pada Ahad 30 Mei 2010, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Anjuran bersama JKKK Pondok Upeh dan Jabatan Pertanian Barat Daya. Semua dijemput hadir.

Sabtu, 22 Mei 2010

Perubahan

Perubahan bermakna "melaksanakan sesuatu untuk menggantikan sesuatu". Secara umumnya, perubahan bermaksud kita mewujudkan suasana yang baru menggantikan suasana yang sedia ada.

Khamis, 20 Mei 2010

YB Karut

YB karut
Cakapnya menggegar dunia
Hakikatnya tiada apa-apa

YB karut
Lagaknya intektual
Sebenarnya kosong belaka

YB karut
Promosi diri sampai nak gila
Tetapi kawasan tak tejaga

YB karut
Visinya memecah kepala
Sekadar dilidah sahaja

YB karut
Kalutnya dijaja seantero dunia
Betulnya lakonan semata

YB karut
Ideanya melangit ke udara
Tetapi hampas belaka


YB karut
Cakapnya tak kalah
Pandangannya jangan dibantah
Rakyat semua orang bawah
Kamu semua boleh diratah mentah-mentah

YB karut
Jangan ditegur
Sebab kamu semua kalah
"Aku menang kerana aku"
"Bukan kerana sokongan kamu"

YB karut
Sampai bila hang nak mengarut?
Nanti hang kami lekuk!

Motivasi kepada diri sendiri

"Semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tiada siapa yang bercadang untuk mengubah diri sendiri."
Leo Tolstoy

Selasa, 18 Mei 2010

Motivasi

"Sekiranya hari ini, anda tidak hidup dan berfikir untuk masa depan maka esok anda akan hidup ketinggalan zaman"
Peter Ellyard

Isnin, 3 Mei 2010

Kejahilan Lebih Mahal Berbanding Pendidikan

Kata pujangga : "Jika pendidikan itu mahal, cubalah kejahilan. Semahal-mahal pendidikan, anak yang jahil lebih mahal untuk dijaga"

Ahad, 2 Mei 2010

Sayang Lia Untuk Abah - karya puteriku, Izzah 'Atirah

Prolog

Lia
Aku tidak peduli lagi.Ketika itu aku tidak mempedulikan sesiapa lagi.Walaupun Ina kawan baikku menjerit memanggilku.Cuma aku ingat "abah dan mama".Aku memecut laju basikal pemberian abahku.Aku menuju pantas ke hospital berdekatan.Hospital abah dan mama ditempatkan.Aku meluru masuk ke dalam


Bab 1

Di rumah banglo mewah aku dan mamaku tinggal. Tetapi apa guna. Sekadar susunan batu-bata mewah. Abah tiada untuk memimpin hidup. Aku amat sedih apabila melihat ibu memanjakan aku tanpa abah membantu. Sejak abah kahwin, abah amat jarang menjenguk kami. Cuma sekali-sekala. Abah telah barkahwin dengan seorang balu dan kini sudah mempunyai tiga orang anak.

Rabu, 21 April 2010

Motivasi untuk semua

Gagal mencapai matlamat bukanlah satu tragedi.Tragedi adalah tiada matlamat untuk dicapai. Bukanlah satu malapetaka jika seseorang itu mati dalam keadaan gagal mencapai impian tetapi malapetaka menimpa apabila seseorang tidak menpunyai impian. Jangan malu jika cita-cita anda tidak kesampaian tetapi malulah jika tidak ada cita-cita untuk dikejar.

Adaptasi dari Helmut Schmidt

Khamis, 25 Mac 2010

Potensi dan cabaran pembangunan di Pondok Upeh

Kampung Pondok Upeh mempunyai pakej menarik untuk dimajukan dengan projek-projek pembangunan yang pasti akan membawa pulangan kebaikan kepada semua pihak. Di sini ada bukit, aliran sungai, agensi-agensi kerajaan seperti MRSM,KKTM,Ibu Pejabat Polis, taman-taman perumahan baru yang pesat bercambah dan bersebelah Pekan Kongsi yang menjadi pusat pentadbiran utama Balik Pulau.

1.Premis perniagaan
Kampung Pondok Upeh hingga kini tidak mempunyai premis perniagaan sehenti. Gerai-gerai perniagaan peniaga kecil berselerak dan tidak terurus. Sedangkan di Pondok Upeh terkenal dengan mi goreng dan pasembur di gerai Che Meh, kuih tepung talam dan seri muka. Pelajar MRSM seramai lebih kurang 700 orang adalah pasaran besar yang berpotensi untuk diteroka.

2.Potensi Tanah Berbukit
Tanah berbukit yang subur amat sesuai untuk pelbagai tanaman. Di sini terdapat beberapa pengusaha pertanian secara komersial yang amat aktif. Pertanian secara giat
wajar digalak dalam kalangan penduduk untuk meningkatkan ekonomi mereka.
Trek jogging dan rekreasi yang wujud atas anisiatif penduduk di jalan bukit berpotensi untuk dimajukan.Kini tidak terurus dan tanpa pandu arah.

3.Potensi dalam sektor pelancongan

Jumaat, 19 Mac 2010

Iktibar 'ribut' dari Qaryah

Menarik untuk diimbas kembali tindakan-tindakan anak-anak Qaryah Pondok Upeh dan organisasi-organisasi kepimpinan masyarakat Pondok Upeh apabila menangani 'ribut' dari Qaryah tempoh hari untuk dijadikan iktibar di masa-masa akan datang.
Ada organisasi yang sepatutnya berperanan aktif tetapi menjadi seperti Kupang Tembaga, gah tetapi tak gagah- membisu dan kelu dengan penjelasan dan tindakan. Imam yang saban Jumaat berkhutbah menasihati anak Qaryah di mimbar menjadi kelu apabila turun dari tangga mimbar dan semasa bermasyarakat sedangkan Nabi Muhammad yang mulia adalah imam yang merah mukanya apabila berkhutbah dan menjadi panglima di medan perang. Dalam Perang Uhud, patah gigi nabi dipukul munafikin dan kafirin.
Ada yang mencari hukum dari kitab bukan mencari cara terhikmah untuk bertindak tetapi untuk mencari dalih yang menghalalkan mereka untuk tidak berbuat apa-apa. Imam Malik rela dipenjara dan dipukul teruk demi mempertahankan prisip kebenaran hukum Islam. Malah kematian Imam Malik kesan dari deraan semasa dipenjara.
Ada yang keliru lalu menjadi kalut untuk membuat buat laporan polis terhadap surat gesaan kepada anak-anak qaryah untuk bertanya kisah sebenar dari empunya diri apa sebenarnya yang berlaku tetapi tidak kalut pun untuk membuat laporan kepada pejabat agama untuk menyiasat kesahihan berita tersebar supaya kebenaran terserlah.
Semua yang telah berlaku sewajarnya menjadi pengajaran dan plan tindakan apabila masalah-masalah masyarakat berbangkit selepas ini.
Menarik untuk diperhati cara cucu-cicit Hitler di era moden dalam menangani masalah skandal penderaan seks di Gereja Katolik seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 19 Mac 2010.
Canselor Jerman, Angela Markel berkata:
"...satu-satu cara supaya masyarakat menerimanya adalah dengan mengetahui segala apa yang berlaku."
Bagaimana cara kita menangani 'ribut Qaryah' tempoh hari? Adakah kita membuka ruang seluasnya untuk masyarakat 'mengetahui segala apa yang berlaku'? Kita faham sekiranya skandal gereja tersebut timbul di era Nazi, pasti Hitler akan menghukum bunuh kepada yang berani bertanya dan mambangkit isu yang memalukan negara Jerman.Tetapi lihatlah tindakan cucu-cicit Hitler yang moden dalam menangani masalah masyarakat Jerman. Adakah kita masih berfikir dan bertindak seperti bangsa Jerman semasa era Nazi walaupun badan kita hidup dalam dunia moden dan ketika cucu-cicit Hitler telah lama meninggalkan fahaman Hitler? Atau adakah kita lebih teruk dari penganut agama Kristian Katolik ini dari aspek keterbukaan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam masyarakat.
Masyarakat Pondok Upeh wajar ambil iktibar untuk bergerak maju ke hadapan. Kita tidak mahu terus berada di tahap kedaifan ini untuk selamanya. Kita mesti berani berubah demi kemuliaan dan kecemerlangan kita dan generasi selepas kita.

Khamis, 11 Mac 2010

Perubahan ke arah kemuliaan : Cabaran sepanjang zaman

Kehebatan dan kerosakan manusia sepanjang zaman dirakam dengan terperinci oleh Al-Quran. Penerangan tambahan oleh Nabi s.a.w memudahkan kefahaman kita.Kesukaran dan cabaran yang dihadapi Nabi Adam sejak awal kejadian seterusnya kisah nabi-nabi yang lain hingga ke nabi terakhir Muhammad s.a.w terakam dengan rapi malah hingga kini tiada pihak boleh mempertikaikannya. Maka kita jadikan ia sebagai panduan apabila kitaran masalah yang sama berlaku pada zaman kita dan pada masyarakat kita.
Masalah penyebaran berita salah laku moral Pengerusi Qaryah Masjid Pondok Upeh mesti diurus dengan hikmah. Masalah semakin kusut apabila tiada penjelasan rasmi dibuat untuk menerangkan kisah sebenar. Pengerusi Qaryah menyepikan diri. Para Imam membisu. AJK Qaryah kelu. Masyarakat tertanya-tanya. Masalah ini seolah-olah hendak didiamkan dan hendak disimpan di bawah karpet masjid, akhirnya kita semua pijak dan melupainya. Inikah kaedah mengurus masalah yang melibatkan pimpinan tertinggi masyarakat yang betul?
Lebih dungu apabila laporan polis dibuat terhadap tulisan yang menggesa pemuda, orang-orang tua, AJK Qaryah, pimpinan kampung supaya bertanya dengan terus terang kepada pengerusi Qaryah apa sebenarnya yang berlaku. Tujuan gesaan itu supaya ada kepastian berita yang tersebar sama ada benar atau tidak. Jika tidak benar, kita hentikan fitnah yang memalukan ini. Jika benar, mengakulah dengan matang dan kita sama-sama baik pulih imej Pondok Upeh yang tercalar teruk ini. Dan jika berita itu benar, Pengerusi Qaryah wajar berundur kerana amanah moral. Adakah gesaan bertanya untuk mendapat kepastian satu kesalahan jenayah yang mesti dilaporkan kepada pihak polis? Kita masih duduk zaman batu kah? Jika ada yang masih berfikiran zaman batu, maafkan kami. Kami sudah lama keluar dari dunia yang terkurung itu. Kami kini hidup zaman yang mementingkan kepastian. Dunia tahyul dan ketakutan melulu telah lama kami tinggal.
Ada pula yang berkata gesaan untuk bertanya terus kepada Pengerusi Qaryah adalah satu tuduhan yang mesti disertakan dengan empat saksi yang adil. Jika gagal membawa empat saksi tuduhan dikembalikan kepada orang yang menuduh. Naif sungguh pandangan ini. Kita bukan menuduh. Kita cuma ingin bertanya untuk mendapat kepastian. Adakah nak tanya pun kena bawa empat saksi ke? Kita dah kembali ke Zaman Gelap ke? Zaman Gelap adalah satu zaman yang berlaku di Eropah sebelum berlaku Zaman Kebangkitan dan Zaman Kemajuan. Ketika Zaman Gelap, institusi agama berkuasa penuh dalam banyak aspek dan berlaku penyelewengan yang berleluasa dalam institusi agama. Setiap pertanyaan yang gagal dirungkai dan menyentuh kepentingan golongan jahat di institusi agama dianggap menyalahi agama dan mereka yang berani bertanya dituduh kafir. Fatwa agama diguna sebagai kubu terakhir untuk menegakkan benang yang basah. Adakah Pondok Upeh kembali ke Zaman Gelap ke? Maaf, kami kini tinggal dalam dunia terang lagi bersuluh! Tanya pun tak boleh ke?
Kita ingin melihat Pondok Upeh yang lebih mulia dan dihormati. Pondok Upeh yang dikenali kerana kerukunan masyarakatnya, keaktifan dan pengurusan Qaryah yang cekap serta bermanafaat kepada anak Qaryah. Bilakah keadaan itu akan berlaku? Marilah kita sama-sama berperanan ke arah itu walaupun kita tahu cabaran adalah teman setia perjuangan yang mulia.

Pengerusi Qaryah dah dipecat?

Khabar angin mula bertiup...betul ke? Ke drama ni? Tunggu selanjut ...

Isnin, 8 Mac 2010

Salam dari Hat Yai

Catatan ini dibuat di B-NET Internet Cafe, salah sebuah kedai internet di Hat Yai. Rupa-rupanya sukar cari pusat internet di sini. Bayarannya 15 Bath/RM1.5 sejam. Waktu Hat Yai kini 11.16 malam.

Sedikit catatan ringkas:

7 Mac 2010
6.29 - bertolak dari rumah di Pondok Upeh.
7.55 - Sampai di Komtar
8.08 - Bas bertolak dari Komtar
8.25 - Ambil peserta di Masjid Seberang Jaya
8.39 - Ambil peserta di Sungai Dua
8.53 - Sampai di Tol Kepala Batas

Penulis pun terlena...

10.29 - Sampai di Naluri, Kedah.
11.25 - Lepasi sempadan pertama Thailand.
11.46 - Sampai di sempadan kedua, Hat Yai, Thailand.
12.15 - Mula memasuki daerah Hat Yai.
12.46 - Makan tengahari di sebuah restoran di Hat Yai.Sedap (kerana dah lapar kut.
1.39 - Sampai di Pekan Hat Yai.
1.45 - Daftar masuk di Lee Garden Plaza Hotel.
4.29 - Melawat Nora Plaza.
5.53 - Melawat Pasar dalam sungai (amat istimewa).

8 Mac 2010

11.27 - Bertolak dari hotel. Melawat Jambatan terpanjang di Songhkla, tasik semulajadi terbesar, melihat dari jauh perkampungan Melayu yang terpinggir di Songkhla.

Salam dari Hat Yai

Pengerusi & AJK, En. Sulaiman Dahlan kini berada di Hat Yai, Thailand. Kami sedang mengikuti lawatan sambil belajar anjuran Kerajaan negeri Pulau Pinang. Lawatan . Catatan ini dibuat

Khamis, 4 Mac 2010

Kes salah laku Pengerusi Qaryah Pondok Upeh...apa terkininya

Kes salah laku ini dah heboh seantero Balik Pulau. Namun apa kesudahannya? AJK Qaryah kekal menyepi. Takut ke? Atau tak tahu nak buat apa. Jika AJK Qaryah takut dan tak tahu nak buat apa, kalian tak layak duduk di jawatan itu.

Pemuda Qaryah? Tambahkan kesegaran anda. Anda mesti tunjuk darah muda yang matang dan tidak beku. Anda mesti seperti air terjun yang deras dan bersih bukan air longkang yang kaku dan busuk. Ini ciri pemuda berani. Anda layak mendesak Pengerusi Qaryah menyatakan dengan jujur apa yang berlaku sebenarnya. Sebelum ini kutukan dan amaran bertalu-talu dari Pengerusi Qaryah kepada Pemuda Qaryah kerana kekurangan Pemuda Qaryah. Kes ini adalah ruang Pemuda Qaryah untuk bertanya Pengerusi Qaryah. Tak berani nak tanya ke? Atau tak boleh tanya...kerana semua 'kuasa saya'.

JKKKP? Kekal perlahan dan tak tahu nak buat apa. Masih lena kah? Hoi kes dah Maghrib. Mungkin JKKKP tak mahu buat apa-apa sebab takut kepada Pengerusi Qaryah? Jantanlah beb!

Orang-orang tua di kampung Pondok Upeh pulak bagaimana? Tiada langsungkah daya usaha untuk selesaikan masalah ini. Atau sekadar berkokok di kedai-kedai kopi. Ambillah apa-apa daya usaha untuk selesaikan kes yang memalukan kita semua ini. Telinga ini dah tidak larat nak dengar pertanyaan anak-anak Qaryah lain untuk tahu tentang berita busuk ini.

Bukan nak puji, pada 1 Mac 2010 JKKK Pondok Upeh telah hantar surat yang melaporkan kes ini kepada Pejabat Agama Daerah Barat Daya dan faxkan surat yang sama kepada MAIPP dan JAIPP pada 2 Mac. Pejabat agama ucap terima kasih sebab depa tak tahu apa. Sebab sepatutnya AJK Qaryah maklumkan kepada depa. JKKK terbukti berani dan terkehadapan.Kerana apa? Demi kebenaran.

Hari ini hari Jumaat kedua dari hari kes meletus. Masih tiada apa-apa penjelasan dari pengerusi Qaryah dan AJK Qaryah? Pengerusi Qaryah bermasalah masih menjadi Pengerusi Qaryah kita? Diantara kita satu Pondok Upeh, tiadakah orang yang lebih mulia berbanding dia untuk menjadi Pengerusi Qaryah? Mereka buat kita semua macam kuda kayu...Anda kuda kayu? Dan mereka nak biarkan kes dibawa angin lalu, macam tiada apa-apa yang berlaku!

Antara emas Teakwando dengan 7 emas di rumah

Walau jutaan emas teakwando yang diraih
Pasti amat jijik
Berbanding kemalapan 7 emas di rumah
Biarpun mungkin emas teakwando terbagus
Dan 7 emas di rumah pula berhingus
Pasti 7 emas di rumah lebih mulia
Sebab emas teakwando tiada apa-apa
Sekadar kebanggaan sementara
Ia tidak akan ditanya nanti di sana
Yang disoal tentang 7 emas di rumah
Berkilaukah?
Atau malap
Ketika itu lelehan air mata tiada guna
Dah tersasar fokuskah kita?
Terhadap 7 emas di rumah
Mari kita renung bersama
Jangan tuduh salah siapa
Mungkin salah kita berdua
Mari kita gilap sekilau-kilaunya 7 emas di rumah
Untuk kebaikan kita dan mereka
Untuk Islam tercinta

Selasa, 2 Mac 2010

Kehebatan JKKK Pondok Upeh diiktiraf lagi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

Pada 1 Mac 2010, JKKK Pondok Upeh melakar satu lagi sejarah baru. Pengerusi JKKK Pondok Upeh dipilih oleh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Pulau Pinang menjadi AJK Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)Perhubungan Masyarakat. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Ketua Menteri 1. AJKnya pula terdiri daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen dan ADUN, pengawai-pengawai agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Islam, MPPP, MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Selatan, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan UPEN. Pengerusi JKKK dari seluruh Pulau Pinang hanya dua orang dipilih iaitu Pengerusi JKKK Pinang Tunggal (JKKK Terbaik 2009) dan Pengerusi JKKK Pondok Upeh (JKKK Ketiga Terbaik 2009). Tahniah untuk JKKK Pondok Upeh. Sesungguhnya kehebatan Pengerusi JKKK Pondok Upeh datang dari sokongan dan kehebatan AJK JKKK Pondok Upeh serta masyarakat Pondok Upeh sendiri. Tahniah buat semua.

Jumaat, 26 Februari 2010

Pengerusi kariah Masjid Pondok Upeh lantikan UMNO kena tangkap basah?

Rupa-rupanya pusaran berita di Pondok Upeh lagi deras berbanding pusaran air laut di Segitiga Bermuda. JKKK Pondok Upeh bependirian mesti ada penjelasan yang jelas daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk memadamkan fitnah yang semakin meruap ini. Memang diakui hubungan kurang mesra antara JKKK Pondok Upeh dengan Kariah Pondok Upeh, khususnya dengan pengerusi kariah. Namun ketidakmesraan itu bukan lesen untuk kami untuk tidak berlaku adil kepada beliau. Cuma kami harap pihak AJK Kariah dapat membuat satu mesyuarat tergembar seberapa segera untuk menangani masalah ini. Melalui msyuarat tersebut mungkin boleh diusulkan diwujudkan satu Jawatankuasa (JK) Bertindak untuk menyiasat kebenaran khabar angin ini. Tapi ingat, JK ini bukan pelindung kemungkaran tetapi sebagai penegak kebenaran. Pandangan yang dituduh dan yang menuduh perlu diambil kira. Perjumpaan dari hati ke hati perlu dibuat dengan isteri pengerusi kariah yang menangkap pasangan tersebut di bangsal kebun, pengerusi kariah dan pasangannya. Selesaikan segera kemelut ini. Jika beliau tidak bersalah, buat pengistiharan rasmi dengan bukti-bukti yang kukuh. Jika benar, JKKK Pondok akan mempertahankan beliau. Jika beliau bersalah, maklumkan dan minta maaf kepada semua anak kariah. Dan beliau mesti berundur dari menjadi Pengerusi Kariah Masjid Pondok Upeh. Institusi sesuci masjid tidak memerlukan insan yang terpalit dengan skandal untuk menjadi pemimpinnya. Pada Jumaat 26.2.2010, Pengerusi tidak hadir ke masjid menunaikan solat Jumaat.Ini melebarkan lagi fitnah. Harap masalah ini diselesai segera. JKKK Pondok Upeh kecewa kerana ramai warga Pondok Upeh banyak buang masa untuk bercakap berkenaan hal ini berbanding usaha untuk memajukan diri,keluaga dan Kampung Pondok Upeh. JKKK Pondok Upeh kekal dengan prinsip menegak kebenaran dan menentang kemungkaran. Terima kasih.

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat meyambut Maulidur Rasul 2010

Buat umat Islam di seluruh tempat, JKKK Pondok Upeh mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk tahun 2010. Doa kami semoga kita semakin hari semakin mengamali sunah Rasulullah.

Selasa, 23 Februari 2010

Buat Diriku Yang Bakal Kehilangan Ibu

Buat ibu yang mulia
Ku doakan kesejahteraan
Moga Allah merahmati ibu
Di dunia dan di sana

Buat ibu yang ceria
Ku harapkan kebahagiaan
Moga Allah meletakkan ibu
Dalam golongan orang-orang beriman

Buat ibu yang ditinggalkan
Ku memohon kemaafan
Moga Allah menguniakan ibu
Ketenangan dan ketaqwaan

Buat diriku yang bakal kehilangan ibu
Ku mengharapkan kekuatan dari Allah...
Untuk memandang ibu tanpa nyawa
Untuk melihat ibu dengan kain kafannya
Untuk menatap ibu di dalam keranda
Untuk tenang di hari kematian ibu
Untuk tabah menyiram air bungaan di kuburan
Untuk gagah melangkah meninggalkan ibu keseorangan
Untuk menerima hakikat kini aku anak yatim
Untuk terus cemerlang dalam kehidupan tanpamu ibu

Buat ibu yang amat ku sayangi
Maafkan segala salahku
Halalkan segala makan-minumku

Buat Allah Robul Jalil
Maafkan segala dosa ibuku
Tempatkan ibuku dalam JannahMu

Buat ibu yang istimewa
'Selamat Hari Ibu'

Mohd Taufik Bin Sulong
5.5.2009
1.10 Tengah hari

Rabu, 27 Januari 2010

Pendirian JKKK Pondok Upeh berkaitan isu 'Allah'

DEMI KEHARMONIAN YANG SEDIA DIJALIN, JKKK PONDOK UPEH BERPENDIRIAN KALIMAH ALLAH MESTI DIKEKALKAN UNTUK ISLAM SAHAJA . KEPADA AGAMA-AGAMA LAIN, KEKALKAN KEHARMONIAN YANG SEDIA ADA DENGAN MENGGUNAPAKAI KALIMAH TUHAN YANG SEDIA DIGUNA SELAIN ALLAH. TINDAKAN ANDA MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH MENGURIS PERASAAN UMAT ISLAM DAN TIDAK SENSITIF DENGAN KEHARMONIAN YANG DIJALIN.

Isnin, 25 Januari 2010

JKKK Pondok Upeh bantah Usul untuk hapuskan kouta Melayu/Bumiputera dalam agihan gerai MPPP

Khabar yang menyedihkan apabila terdengar ura-ura Ahli Majlis MPPP ada usul untuk hapuskan kouta Melayu/Bumiputera dalam agihan gerai MPPP. Sedih dan kecewa kira berita ini benar. Inikah hadiah DAP, PKR dan PAS kepada Melayu/Bumiputera Pulau Pinang? Harap desas-desus ini tidak betul. Guan Eng, minta penjelasan.

Politikus dah jadi tikus!

Komflik Khalid Samad dan Zulkifli Nordin semakin panas. Kepanasan memuncak apabila Zul buat laporan polis terhadap kenyataan 'global' dan 'tolak-ansur' Khalid Samad.Dimarak dengan kenyataan Anwar yang Zul sudah melampau dan Zaid Ibrahim pula saran Zul dipecat dari PKR.
Lagak politikus makin lincah. Politikus dan makin serupa tikus.Kerana Undi dan nak menang pilihanraya. PKR mula cempera, PAS jadi bayi tikus, UMNO/BN dok senyum - tunggu nak tangguk di air keruh.
Kita fahamlah kenapa Anwar, Zaid, Nur Manuty 'global'. Karpal, Kit Siang dan Guan Eng pula diam diri. Tapi kita sedih bila Nik Aziz mula bersuara garau dan dok jawab kona-kona. Ustaz Hadi jadi bisu kelu. Dewan Ulama yang kaya fatwa dah muflis fatwa. Mahfuz lembik. Mat Sabu hilang kuku. Pemuda PAS yang gagah dah hilang jantan.
Meneliti kes, betul ke Khalid Samad? Salah ke Zul nak pertahankan kemuliaan Allah dan Islam? Siapa di belakang Zul? Betul ke isu ini isu politik semata-mata? Dan pertimbangan kita mesti menurut neraca politik? Keliru ke...

Celaru

Sudah sampai masakah kita
Hidup dalam zaman gila?

Ketika kebenaran
Dianggap kebatilan

Kini pejuang kemulian Allah
Dianggap pengkhianat
Yang mesti dihapuskan

Pecatlah dia
Buanglah dia
Hukumlah dia

Kerana apa?

Kerana dia bercakap betul
Kerana dia perjuangkan kemuliaan Allah
Kerana kita mesti bertolak ansur

Sebenarnya...

Kerana dia merugikan politik kita
Kerana kita takut hilang undi
Dari bukan Islam

Biarkan orang hina Allah
Asal orang undi kita

Zaman dah gila ke?
Kerana kepentingan poltik
Biarkan apa nak jadi dengan kemuliaan Allah

Ya Allah!
Jangan gilakan kami
Ketika zaman sudah gila

Ya Allah!
Ampunkan dosa kami yang banyak ini
Padukan kami demi kemuliaanMu

Ahad, 24 Januari 2010

Kebodohan Yang Dibuat-buat

Aku nak tanya
Kenapa aku tidak dijemput?
Sedangkan orang lain dijemput

Aku ingin tanya
Kenapa aku tidak dipanggil?
Ketika orang lain dipanggil

Aku tidak mahu tahu
Betapa susahnya orang itu
Berusaha memajukan kampung aku

Aku tidak ambil peduli
Berapa...
banyak duit ringgit
masa tenaga
idea keringat
susah sukar
jerih perih
Yang orang itu curahkan...
Untuk aku
Untuk masyarakat aku
Untuk kampung aku
Untuk generasi aku dan masyarakat aku

Itu tidak penting
Yang penting aku!
Kenapa kuli-kuli aku
tidak mari bersalam menjemput aku
Untuk majlis itu

Majlis apa?
Manalah aku tahu
Yang penting
Mesti ada orang mari bersalam menjemput aku
Aku tidak perlu bertanya majlis apa
Mereka, kuli-kuli aku mesti memberi tahu majlis apa

Aku nak pergi tanya?
Maaf, aku tidak serendah kuli-kuli itu
Kuli-kuli aku mesti mangadap aku
Bukan aku mengadap kuli-kuli aku
Nanti rendah darjat aku

Apa? Aku tidak layak sertai majlis itu?
Kuli-kuli aku tidak tahu ke tentang kelayakan aku
Untuk sertai mana-mana majlis
Bodoh sungguh kuli-kuli aku

Kehebatan JKKK Pondok Upeh yang dihargai akhbar Sinar

Kecemerlangan JKKK Pondok Upeh menjadi JKKK Terbaik Daerah Barat Daya 2009 dan Tempat Ketiga Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009 adalah sejarah manis yang terhebat sejak kewujudan organisasi JKKK di Pondok Upeh selepas Tanah Melayu merdeka. Tahniah kepada akhbar Sinar dan wartawan Siti Mas Erah kerana menjadi perakam sejarah kecemerlangan kami.
Moto JKKK Pondok Upeh : Kami adalah pencipta sejarah !

Khamis, 21 Januari 2010

Isnin, 18 Januari 2010

Statistik dari Balai Polis Balik Pulau, 19.1.2010

1.Jumlah Penduduk:

Melayu 33,150 orang 58.6%
Cina 22,356 orang 39.5%
India 800 orang 1.4%
Lain-lain 250 orang 0.4%

2.Nisbah:

1:1000 polis

3. Indek Jenayah:

Harian 1 kes
Mingguan 2 kes
Bulanan 7 kes

Rindu

Suatu hari nanti
Pasti insan ini akan rindu
Kepada kenangan lalu
Yang selalu bermain mata

Pada hari itu
Pasti tiada lagi...
Coretan lembut Husna
Suara manja Izzat
Teman sesetia Faiz
Pembantu segagah Ayu
Sahabat semulia Raja Yunalis
Senyuman manis Iffa
Pandangan mmenyenangkan dari Syukri
Rama-rama secantik Mira
Kelibat si kenit Saffiyah
Kasih sayang ikhlas Naqibah dan Nadia
Ketua setenang Naza
Dan gelak tawa teman-teman lain
Yang tidak dinukil namanya
Yang juga tidak terhitung jasanya
Kepada insan ini
Dan kepada semua

Di ketika itu
Kenangan lama mungkin sudah tiada lagi
Namun bagi insan ini
Kenangan itu akan terpahat kukuh di sanubari
Akhir kalam, salam rindu
Salam sayang dan salam perjuangan

Permulaan 'Projek PUA' yang lemah

Sedikit kekecewaan, Projek PUA yang semangat dirancang seperti biasa bermula dengan lembap ... dan kelembapan itu dilakukan oleh orang yang sama. Apa pun, harap ada perubahan ke arah lebih baik selepas ini. Penyusunan waktu yang bijak dan usaha yang bersungguh amat diperlukan untuk mencapai target harian dan mingguan 'PUA'.

Rabu, 13 Januari 2010

Tahniah kepada kejujuran pemandu teksi islam di New York

Tahniah buat Muhammad Mukal Asadujjaman kerana memulangkan semula wang tunai berjumlah $21,000 (RM 66,960) milik seorang pelawat dari Italy.

Simpati kepada mangsa gempa bumi di Haiti

JKKK Pondok Upeh melahirkan rasa simpati kepada mangsa gempa bumi sekuat 7 skala Richter yang melanda Haiti pada 12 Januari 2010. Kejadian yang berlaku pada pukul 4.53 petang (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia) berpusat 15 km dari barat Port-au-Prince pada kedalaman 8 km. Kejadian gempa bumi yang paling teruk sejak 200 tahun lalu telah meranapkan banyak bangunan dan mengorbankan ribuan nyawa.

Simpati dengan derita mangsa simbahan asid

Penulis simpati dengan pendedahan derita mangsa simbahan asid oleh sisipan Mega,Utusan Malaysia, selasa 12 Januari 2010. Penderitaan fizikal dan emosi pasti lebih berat berbanding paparan media tersebut. Semoga perkara yang sama tidak menimpa kita. Amin.

Isnin, 11 Januari 2010

Kerana ais krim 2 kupang

Begitu mudah
persahabatan yang sedia dijalin
dirungkai...hanya kerana ais krim 2 kupang

Begitu murah
Kasih sayang yang sedang mekar
dicantas...hanya kerana ais krim 2 kupang

Berilah 'kekayaan' itu pada kami
Sebab 'kekayaan' itu
Hasil usaha kami

Bagilah 'khazanah' itu kepada kami
Sebab 'khazanah' itu
Hasil rintisan kami

Kami cadangkan satu idea yang maha bernas
Agihkan 'kekayaan' dan 'khazanah' kepada kami segera
Agar ia tidak nampak
Usaha yang dirancang itu
Kerja politik...agar musuh restu

Bingkaslah peneguh Wanita
Keluarkan 'kekayaan' dan 'khazanah' dari Wanita
agar ia tidak nampak
Ini komitmen politik....agar musuh setuju

Kenapa begitu dangkal
kerana cenggal hutan dibakar

Kan lebih padu
kira kita letak ia
dibawah satu perdu

Kenapa begitu naif
Kerana laba
Wanita nak diabai

Kerana kepentingan diri
Kita koyakkan jaket sendiri

Kenapa begitu sekali
Rendahnya akal budi
Kerana secebis
Buang seperiuk

Di kegentingan ini
muncullah mutiara
terserlah suasa

Moga sinar terus bergemelap
Mutiara diletak dipuncak
Suasa dikepit jugak

Buat teman
Janganlah dirujuk musuh
Kira kita nak terus teduh

Sejak bila musuh senang dengan kita?
Sejak bila musuh berdoa untuk kejayaan kita?

Jangan kerana musuh
Kita bercempera
Jangan kerana aiskrim 2 kupang
Kita bersengketa

Pandanglah jauh ke depan
Semoga besar jiwa
Jadikan yang di belakang
Sebagai panduan untuk berjaya

Berkawanlah dengan orang cerdik pandai
Moga wangian intelek
Melekat juga biarpun sedikit

Tapislah rakan-rakan lama
Yang buat kita tidak ke mana
Tinggalkanlah mana tak guna
Yang buat kita di takuk lama

Terimalah teguran orang yang berpengalaman
Dengan lapang dada
Itulah teman sehati sejiwa

Janganlah angkuh
Apabila satu pintu bahagia mula terbuka
Dengan berkata "pintu itu aku punya"

Sebenarnya banyak lagi
Pintu bahagia akan terbuka
Kira kita sabar, setia dan syukur

Sahabat Seperjuangan

Sahabat yang diharapkan
Kadangkala menguris hati
Kerana ikatan keluarga
Teman disingkir
Demi orang tersayang

Sahabat yang disayangi
Kadangkala lari dari firasat
Kerana kepentingan diri
Abaikan hak organisasi
Demi tetangga terdekat

Sahabat yang dihormati
Kadangkala sukar diduga
Manakah kiblatnya?
Manakah matlamatnya?
Kerana tidak mahu dilihat buruk
Di mata masyarakat

Biarkan kepala ini
Menjadi buruk
Jangan aku di cop teruk

Biarkan kepala itu
Menjadi busuk
Jangan aku di cop beruk

Cabaran perjuangan

Dalam perjuangan ada ketika berlaku perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan adalah hikmah selagi tidak lari dari matlamat perjuangan. Matlamat perjuangan mesti jelas. Perbezaan pandangan mesti diurus dengan cermat supaya tiada niat dan matlamat peribadi menyelinap melepasi matlamat organisasi.
Mengurus perbezaan pandangan mesti berlandaskan ilmu, kecerdikan, pengalaman, iman dan kejujuran. Keterbukaan dan jiwa besar amat perlu untuk menilai pandangan yang berbeza. Pastikan matlamat organisasi tercapai biar apa bentuk pun perbezaan pandangan. Bermesyuarat dan berbincanglah dengan penuh harmoni.
Hormatilah keputusan mesyuarat. Sebarang pindaan keputusan mesyuarat mesti dimaklum dan dipersetujui bersama. Moga organisasi teguh dan ampuh.

Ahad, 10 Januari 2010

Isu 'Allah' - menilai pendirian parti politik di Malaysia

Hakikatnya keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu 'Allah' mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia. Tulisan ini ikhlas untuk menilai pendirian parti-parti politik di Malaysia berkenaan isu ini menurut kaca mata penulis.

Umno bijak membakar sentimen umat Islam untuk meraih simpati rakyat yang beragama Islam. Namun lakonan UMNO kita nampak jelas. UMNO dari sebuah parti politik yang memisahkan politik dan agama kini cuba jadi wira agama. Logik ke? Bukankah UMNO menolak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu. UMNO juga adalah parti politik yang membiarkan masalah muslim Melayu murtad secara bermaharajalela. Boleh percaya ke kepada UMNO untuk menjadi pejuang Islam ketika rasuah yang ditegah Islam menjadi darah daging UMNO.

PAS? Dalam isu ini PAS hilang gigi kerana nak undi bukan Melayu. Mana pendirian tegas Ketua Umun, Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS? Mana pendirian berani Mat Sabu dan Mahfuz. Tegas dan tak perlu kona-kona. Terima kasih kepada Ustaz Nasharuddin Bin Mat Isa dan Dr. Harun Din. Tokoh-tokoh lain kini kalut dok telaah kitab untuk cari sebab untuk halalkan 'Allah' kepada penerbitan gereja Katolik. Khalid Samad cukup global.

PKR pula mana pendirian anda? Ada, tapi tak jelas dan banyak kona. PKR nak menang di kawasan orang Melayu tetapi tidak berani memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Ini kerana PKR parti pelbagai kaum. Tetapi hak bangsa bukan Melayu nyaring pula suara perjuangannya.

DAP? Ada harapan ke untuk menyokong isu-isu untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Mana Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng? Ada ke suara mereka yang dapat melegakan umat Islam. MCA? Boleh ke beri secebis simpati kepada umat Islam yang terguris. Atau MCA hanya untuk perjuangan bangsa Cina. MIC? Hanya berminat kepada perjuangan untuk kepentingan bangsa India. Biarkan umat Islam terguris. Bukan isu MIC.

Kesimpulannya umat Islam dan orang Melayu semakin rugi serta tiada tempat nak mengadu. Nak beri tetapi yang dok ada pencuri, tak beri tiada ganti. Tengok langit telan air liur. Tak boleh buat apa. Betul ke? Boleh ke parti-parti politik di negara kita berjuang atas prinsip kebenaran. Bukan atas prinsip bangsa. Besarlah harapan kiranya ia dapat berlaku. Paling dok tunggu...kenyataan Karpal Singh supaya pihak gereja dan pihak-pihak lain berhati-hati dalam dalam kenyataan dan tindakan agar hati umat Islam dan orang Melayu tidak terguris lagi.

Kutuk kepada punca isu 'Allah'

Di saat pelbagai pihak mengutuk tindakan melemparkan bom api yang menyebabkan kebakaran Gereja Metro Taberlane di Desa Melawati di Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010 dan tindakan provokasi di beberapa gereja lain, JKKK Pondok Upeh turut membuat kutukan yang sama. Namun, bagi kami kutukan yang paling besar wajar diberikan kepada punca isu ini timbul. JKKK Pondok mengutuk keras tindakan Gereja Katolik menggunakan mahkamah untuk memohon menggunakan 'Allah' dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Tindakan tersebut langsung tidak menyelami sama ada umat Islam akan terguris atau tidak apabila 'Allah' yang mereka sembah selama ini tidak lagi esa/satu. malah 'Allah' yang akan dicetak dan akan diterbit oleh majalah gereja katolik adalah bersifat trinity-ada anak dan ada isteri. Inilah punca segala punca. Mereka kebal ke hingga tidak boleh dikutuk?