Jumaat, 26 Februari 2010

Pengerusi kariah Masjid Pondok Upeh lantikan UMNO kena tangkap basah?

Rupa-rupanya pusaran berita di Pondok Upeh lagi deras berbanding pusaran air laut di Segitiga Bermuda. JKKK Pondok Upeh bependirian mesti ada penjelasan yang jelas daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk memadamkan fitnah yang semakin meruap ini. Memang diakui hubungan kurang mesra antara JKKK Pondok Upeh dengan Kariah Pondok Upeh, khususnya dengan pengerusi kariah. Namun ketidakmesraan itu bukan lesen untuk kami untuk tidak berlaku adil kepada beliau. Cuma kami harap pihak AJK Kariah dapat membuat satu mesyuarat tergembar seberapa segera untuk menangani masalah ini. Melalui msyuarat tersebut mungkin boleh diusulkan diwujudkan satu Jawatankuasa (JK) Bertindak untuk menyiasat kebenaran khabar angin ini. Tapi ingat, JK ini bukan pelindung kemungkaran tetapi sebagai penegak kebenaran. Pandangan yang dituduh dan yang menuduh perlu diambil kira. Perjumpaan dari hati ke hati perlu dibuat dengan isteri pengerusi kariah yang menangkap pasangan tersebut di bangsal kebun, pengerusi kariah dan pasangannya. Selesaikan segera kemelut ini. Jika beliau tidak bersalah, buat pengistiharan rasmi dengan bukti-bukti yang kukuh. Jika benar, JKKK Pondok akan mempertahankan beliau. Jika beliau bersalah, maklumkan dan minta maaf kepada semua anak kariah. Dan beliau mesti berundur dari menjadi Pengerusi Kariah Masjid Pondok Upeh. Institusi sesuci masjid tidak memerlukan insan yang terpalit dengan skandal untuk menjadi pemimpinnya. Pada Jumaat 26.2.2010, Pengerusi tidak hadir ke masjid menunaikan solat Jumaat.Ini melebarkan lagi fitnah. Harap masalah ini diselesai segera. JKKK Pondok Upeh kecewa kerana ramai warga Pondok Upeh banyak buang masa untuk bercakap berkenaan hal ini berbanding usaha untuk memajukan diri,keluaga dan Kampung Pondok Upeh. JKKK Pondok Upeh kekal dengan prinsip menegak kebenaran dan menentang kemungkaran. Terima kasih.

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat meyambut Maulidur Rasul 2010

Buat umat Islam di seluruh tempat, JKKK Pondok Upeh mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk tahun 2010. Doa kami semoga kita semakin hari semakin mengamali sunah Rasulullah.

Selasa, 23 Februari 2010

Buat Diriku Yang Bakal Kehilangan Ibu

Buat ibu yang mulia
Ku doakan kesejahteraan
Moga Allah merahmati ibu
Di dunia dan di sana

Buat ibu yang ceria
Ku harapkan kebahagiaan
Moga Allah meletakkan ibu
Dalam golongan orang-orang beriman

Buat ibu yang ditinggalkan
Ku memohon kemaafan
Moga Allah menguniakan ibu
Ketenangan dan ketaqwaan

Buat diriku yang bakal kehilangan ibu
Ku mengharapkan kekuatan dari Allah...
Untuk memandang ibu tanpa nyawa
Untuk melihat ibu dengan kain kafannya
Untuk menatap ibu di dalam keranda
Untuk tenang di hari kematian ibu
Untuk tabah menyiram air bungaan di kuburan
Untuk gagah melangkah meninggalkan ibu keseorangan
Untuk menerima hakikat kini aku anak yatim
Untuk terus cemerlang dalam kehidupan tanpamu ibu

Buat ibu yang amat ku sayangi
Maafkan segala salahku
Halalkan segala makan-minumku

Buat Allah Robul Jalil
Maafkan segala dosa ibuku
Tempatkan ibuku dalam JannahMu

Buat ibu yang istimewa
'Selamat Hari Ibu'

Mohd Taufik Bin Sulong
5.5.2009
1.10 Tengah hari